• News

    01 September, 2010

    TAHUN TERAKHIR MENGADA-NGADA DENGAN DIA

    5 hari kat kampung, bapak gua, hari-hari mesti nak tanya soalan cepu gangsa ni

    "Petang ni nak berbuka makan apa?"

    Gua merangkap anak yang paling sopan dan pemalu di kalangan adik beradik gua, terus jawab,:

    "Ayah, dah lama chek tak makan ikan keli bakaqqq.. Cicah dengan ayaqq assamm.."

    "Lepas tu, lama jugak chek tak makan gulai udangggg.."


    Keh3x.

    Dari jauh gua dengar bapak gua mengomel sambil pakai helmet kaler pink dan start enjin motor Kriss beliau. Tak lama lepas tu bapak gua pun balik dengan barang-barang basah nak masak. Gua nampak se plastik ikan keli yang masih hidup, bapak gua cakap dalam 1.5 kilogram.

    "Hah, hambik ni. Tahun ni je nak mengada-ngada dengan ayah, tahun depan, jangan harap. Dah berlaki nanti, mengada-ngada pulak dengan dia".

    Mak gua sengih-sengih, kakak gua tergelak-gelak, adik gua senyum-senyum kambing. Padahal menu tu, diorang jugak yang suruh gua cakap. Hampessss...

    13 comments:

    MOFASAD said...

    nanti dah kahwin jangan lupa babah lu tu ok.


    syg ketat2

    sitinaminah02 said...

    mofasad,

    mana penah gua lupa bapak gua tu. insyaallah.

    Anonymous said...

    best kan dpt manja2 dgn abah/mak sesekali dah lame x jumpa..

    rindu kat pau abah.. :)

    sitinaminah02 said...

    MDT,

    sy tau, ayah mesti sedih nak lepaskan anak dia yg paling comel dan sopan ni. haha.

    abah MDT pndai buat pau ek? wowww... terror betuii.. ;p

    Anonymous said...

    biasalah ayah..marah2 tapi sebenarnya syang..camtulah dia nak ekspresi rasa syg.ehek

    sahromnasrudin said...

    salam..ada beli baju raya utk abah tak???

    aNiS tHe BumbleBee said...

    balik ni nk manja2 gak lah.nk suh mak masak mcm2.walopon dah ada laki,laki xley masak cam mak.ngehehehee!

    Mat Sentap said...

    babai..gua nak balik dh mkn ikan keli bakaq dalam kolam blakang umah jeh..kehkeh..

    sitinaminah02 said...

    fndrocka,

    tu lah, garang2 sayang kan. hehe. jadi marilah kita sayang mak ayah kita. ;p



    sahrom,

    alaa, kami ni tak payah tunggu raya, tak raya pun kami beli. kami dulu kan ayah lebih dari bakal suami. haha.


    kak anis,

    alaalalala.mengada2nya..nak manja2 kunun.satgi kena sekeh pala dgn mak baru tau.haha.


    aliesya,

    ciss.. ikan keli bakaq je pun, tak kesah der. bersepah kat bazar ramadhan. haha.

    (tak jeles pn.... uwaaaa.... sob3x)

    Aida Azryn said...

    Kim salam kt abah lu tu.. hehe

    wachak said...

    ayah pakei helmet kaler pink !! tanya kat ayah hang nk juai x .. ahak ahak ahak

    sitinaminah02 said...

    aida,

    wah.. sudah pandai ber lu gua ahh... haha..


    wachak,

    ekceli,itu helmet gua. sj beli kaler pink, mesti tak de yang nak curi kan dan segan nak pakai. haha.

    Aidi Si Junker said...

    ngade2 staun skali k tu...

    Total Pageviews

    My Followers