TIDUR AWAL ITU BAGUS UNTUK KESIHATAN

Gua buka akaun facebook gua, tak best.
Tak ada message terbaru.
Tak ada kawan-kawan rapat gua yang tengah online.
Apa mereka buat hujan-hujan nih.



Ada friend request dari orang yang gua tak kenal.
Tapi gua tengok, ramai plak kawan-kawan gua dah add budak tu.
Ahh.. Tak kuasa gua nak add.
Ada lebih kurang 18 friend request gua tak layan.
Serius gua perasan glamer.
Haha.



Demmm!!
Tadi gua rasa nak tulis macam-macam
Lepas tu gua lupa apa nak tulis
Mungkin sebab perut gua yang lapar nih
Gila lapar
Gua nak ayam goreng yang macam mak gua goreng semalam
Kalau gua goreng, sumpah tak sesedap yang mak gua goreng



Melalui pemerhatian dan kajian gua selama berpuluh tahun ni, mak gua memang seorang tukang masak yang hebat
Sebab tu perut bapak gua boroi je
Haha
Dan bapak gua pulak sangat bijak mengenalpasti siapa yang masak melalui makanan yang terhidang




Dan petang kelmarin, masa gua lepak depan TV dengan bapak gua
Bapak gua pun tanya satu soalan wajib yang akan beliau tanya buat anak-anak beliau yang hanya boleh nampak masa cuti hujung minggu, tak pun semester break


"Bila nak balik sekolah?"


Gua ketawa berdekah-dekah


"Hahh? Bila nak balik sekolah?"
Gua ulang soalan ni beberapa kali
Biar bapak gua sedar lawak yang beliau dah cakap


Bapak gua memang dah blushing sangat-sangat


"Orang tanya, jawab main-main"


Bapak gua terus bangun dan blah
Bapak gua pura-pura merajuk
Dan gua masih lagi gelak
Dan gua perasan bapak gua sama-sama tergelak



ps: ayah, dah lama dah chek habih belajaq. dah nak masuk 3 tahun dah. lepaih ni dah susah dah nak balik tengok ayah, mak tiap-tiap minggu. 


okeh, gua nak tidur awal. gua tengah fefeeling sayu saat ni. keh3x. dan pesanan penaja, tidur awal terbukti bagus untuk kesihatan. bukti? sila search kat brader google. hehe.

28 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. kesimpulannya muka hang awet muda sebab tido awal dan sebab tu la bapak hang anggap hang budak skola lagi..muka muda sangat kan??

    ReplyDelete
  2. macam ne nak tido awal kalau gua punya ASSignment byk macam gunung.. =.=''

    ReplyDelete
  3. malam ni tido lepas isyak!hehehhhehehe

    ReplyDelete
  4. aiseyh..awal sgt tidoq.baru nak add fesbuk heheheh

    ReplyDelete
  5. kalau gua tido awal .. kang terbangun pukul dua pagi .. terus tak leh tido sampai subuh ..

    ReplyDelete
  6. wa tido awal time winter jek. berhibernasi. hahahahhah

    ReplyDelete
  7. salam,

    aku...sampai pencen pergi sekolah...nak wat camane..

    ReplyDelete
  8. ayah ko saje nk bermanje tuh..hehehe

    ReplyDelete
  9. six september,

    rajin plak hang pi buat kesimpulan beserta dengan puji-pujian untuk diri ku. haha.

    toche. toche.

    ReplyDelete
  10. cdot,

    tido lah wahai cdot ku cayang. lalala... semoga tidur mu nyenyak ye yang...

    hehe.

    ReplyDelete
  11. durrah khairuddin,

    haha. takpe. takpe. gunung kinabalu je kan, tambah lagi bagi jadi gunung everest.

    haha

    ReplyDelete
  12. kila,

    awalnya tido. bagus-bagus. tido awal tu baik untuk kesihatan.

    haha. poyo je.

    ReplyDelete
  13. days,

    haha. padan muka. zzzzzz.. aku reply dalam tido nih.

    haha.

    ReplyDelete
  14. aku kacak,

    hai..

    hegeh2 lu apih. haha.

    ReplyDelete
  15. zulaiha,

    good abah & good daughter okeh. haha.

    ReplyDelete
  16. ardzman,

    kalo macam tu, minum air kopi buah tunjuk langit!

    haha.

    ReplyDelete
  17. kak cho,

    cehhh.. berhibernasi konon!! padahal semedang tido awal, gayut kat tepon.

    keh3x

    ReplyDelete
  18. cikgu humairi,

    hehe. itu kan kerja, tanggungjawab. selamat pergi sekolah ye cikgu. ;p

    ReplyDelete
  19. the bert,

    tu lah, tapi malu-malu plak nak manja-manja. keh3x.

    ReplyDelete
  20. Ok.. good daughter,,

    si gadis comel,,,, comel comel, comel, comel......

    ReplyDelete
  21. gua mati2 ingat lu dlu gurl pwen roslin ..cess heheheh

    ReplyDelete
  22. gua mati2 ingat lu dlu gurl pwen roslin ..cess heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post