• News

    19 October, 2010

    Power Root VS Malu Bertanya Sesat Jalan

    Gua tak ambik apa-apa hasil keluaran Power Root. Tak main der minum air Kacip Fatimah. Gua lebih ganas, terus pergi rumah Mak Timah, pinjam kacip beliau. Lebih powerrrrr.. Har har har.


    Tapi, yang gua nak cerita kat sini pasal kawan gua. Dia ni hampeh sikit, suka ajuk cakap orang. Dan yang paling best, dia suka ajuk dialog pakcik yang menang hadiah Power Root tu.


    Dialog best pakcik tu, "Saya menang motor".


    Mula-mula gua rasa sangat bersalah kalau gua gelak, tapi gua memang tak boleh tahan. Terpaksa jugak gua gelak, kalau tak mau berpintal urat kentut gua sebab tahan gelak.


    Gua minta maaf.



    **********************


    Gua malu sebenarnya. Gua ada belikan baju untuk bakal laki gua. Konon-konon nak surprise kan beliau. Gua kan romantik orangnya, jadi haruslah ada unsur-unsur kejutan dan romantika de amor bagi menambahkan kemesraan dalam bercinta. Kah kah kah.


    Selama ni gua syak bakal laki gua tu pakai baju saiz M, jadi gua pun dengan bangganya pilihkan baju yang baik dan cantik baik dan cantik lah sangat.


    M dan XL tu ada banyak bezanya ye Gadis Comel. Nak ker tengok bakal laki lu pakai baju macam sarung buah nangka membaluti buah nangka di atas pokok nangka. Hisss.. Itu lah, orang tua-tua kata, malu bertanya sesat jalan.


    Sekian, tajuk syarahan gua pada hari ini berkenaan pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Selamat hari Selasa.

    20 comments:

    sahromnasrudin said...

    aku saiz M..klu tak muat, mai la anta kat aku hahahahha ( ayat tak reti malu huhuhu)

    platipus said...

    kah3...abis tu baju tu kau tukar ke x?

    sitinaminah02 said...

    sahrom,

    nampak sangat hang ni kurus je kan. haha.

    nanti aku bagi hang baju pagoda. hehe.

    sitinaminah02 said...

    platipus,

    tak pun. nak buat camne, dah tersalah beli. hihihi.

    ~Nur Zulaiha~ said...

    hahahaha~~

    HaN WarreN said...

    aku skrg tengah membayangkan ramlah ram pasal hang cakap sarung nangka ;p

    Cik Anita said...

    ahahaha.
    gelak aku baca bila ko cakap g umah makcik timah pinjam kacip beliau. Nnati kalau kau dah pinjam, cik timah nak pakai apeeee...

    aNiS tHe BumbleBee said...

    alah,da kawen sok,hg pakai je baju tu nnti buat baju tido.keh3x!

    Mario said...

    hehe...dia gem jgk eh ...ekeke

    sitinaminah02 said...

    NZ,

    hohohoho.

    sitinaminah02 said...

    hantwo,

    apa kaitan ramlah ram dengan sarung nangka beb??

    ada kaitan kah?

    sitinaminah02 said...

    anitadahahs,

    mak timah pinjam tongkat pak ali plak.

    (relevan tak jawapan aku dgn soalan ko?)

    sitinaminah02 said...

    kak anis,

    jahattttt!!

    hahahaha.

    sitinaminah02 said...

    mario,

    har har har.
    nope, dia taff guy.
    tentera.

    gua je yang kecik.

    ;p

    Relevan said...

    Lu jangan macam macam arr.. Gua pun nak memang motor jugekk hehe!

    Days said...

    dh nak kawen xlame lagi baju laki pon lu xde idea ke der? aiseyhhhh

    Linglung said...

    xpe, janji muat nak pakai! hahaha..

    sitinaminah02 said...

    relevan,

    saya nak motorrrr jugekkk.. hahaha..

    sitinaminah02 said...

    days,

    alaaa... aku tak pandai agak laaa... maafkan lah aku,, huhu..

    sitinaminah02 said...

    linglung,

    gua rasa lu pakai baju size M kan? hehe.

    Total Pageviews

    My Followers