SEKOLAH RENDAH

Permandangan dari atas Bukit Bendera, Pulau Pinang. Cuti-cuti Malaysia. 


Banyak cerita zaman sekolah rendah yang masih gua ingat sampai sekarang. Rasa macam sweet sangat moment-moment indah, tak cerdik, kurang bijak gua masa tu. Gua kasi tulis dalam point saja ek. Format menulis tu gua abaikan, since yang baca blog gua semua budak-budak malas macam gua jugak. Har har har.

DARJAH 1

- Masa ni abang dengan kakak gua masih sekolah. Gua darjah 1, kakak dan abang gua darjah 6. Pagi ke sekolah, gua duduk kat seat belakang beskal kakak gua, tengahari balik sekolah, gua duduk seat belakang beskal abang gua. Kenapa? Sebab pagi, kakak gua masih ada banyak tenaga nak kayuh, petang dia dah lembik.

- Gua selalu pergi lepak tepi padang sekolah, tengok abang gua main bola.


DARJAH 2

- Masuk darjah 2, abang dan kakak gua dah takde. Dah masuk Form 1. Pagi-pagi, mak gua kayuh beskal, hantar gua pergi sekolah. Mak gua tak pandai bawak motor, ayah gua pergi kerja. Terima kasih mak.

DARJAH 3

- Gua terpilih masuk kumpulan nasyid sekolah. Suara sedap macam Dato' Siti, memang senang orang nak perasan bakat yang ada. Keh3x. Masa pergi pertandingan, cikgu letak lipstick dan make up sikit. Gua takut nak makan dan minum, takut lipstick gua hilang.


DARJAH 4

- Sebulan gua cuti, tak pergi sekolah. Tangan patah, jatuh pokok. Hmmmm.. Pokok getah!! Bengong budak yang suruh gua panjat pokok getah ambik bijik getah. Gua pun sekali bengong pergi panjat pokok getah tu. Demmmmm..

DARJAH 5

- Gua masuk pertandingan lakonan pendek. Watak gua, isteri seorang nelayan yang tamak. Lu orang tau kan cerita pasal nelayan yang pergi memancing dapat ikan yang tunaikan 3 hasrat nelayan tu kan?? Gua syak, kalau lepas SPM gua ambik performing arts dengan UiTM ataupun ASWARA, gua rasa, mungkin sekarang gua setaraf Lisa Surihani jugak. Sila kagum.

DARJAH 6

- Gua kena denda berdiri depan perhimpunan sekolah sebab buli budak perempuan kelas gua. Harammmm betui Leha Lek Leha Terbalik tu. Abang dia suka tunggu gua kat tempat parking beskal, nak ajak gaduh. Macam gua heran!!



P/S: 4 orang cikgu yang ajar gua dulu, masih ada kat situ. Lama betuiii.. Kalo gua kahwin lepas SPM, gamaknya sekarang cikgu gua ajar anak-anak gua pulak. Keh3x.

30 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. mak aii..hang nyanyi lagu metallica ka masa join nasyid tue????..mesti semerdu jason newsted kan huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. gila lah. jangan gaduh doh.aku bru keji minah gaduh pakai bju sekolah.kalau tak pakai bju sekolah takpa/hahahaha

    ReplyDelete
  3. gua pun mse darjah 6 pernah panggil ngan cikgu disiplin sbb ada 2 org budak laki ejek gua..pastu cikgu tanya nk dende diorang ape..gua ckp xyah la cikgu...
    sbb gua cool..hahaha

    ReplyDelete
  4. hang ni mesti kategori budak nakal nih!!! muahahahaha

    ReplyDelete
  5. kl hang ada anak, lepas ni jgn nk p bergaduh dengan mak budak lain pulak..samseng sungguh..
    hahahahahha!

    ReplyDelete
  6. nah dengar citer gua.

    darjah 1. gua kene ludah seko mamat gemok. dia kne maki ngan abg gua. gua ludah kpale dia balik.

    darjah 2. gemok tu buli gua balik. rambut tocang ala-ala tanduk kerbau gua dia tarik. sedih.

    darjah 3. gua jatuh cinta ngan cikgu razali. lu kenal? dia hensem. org klntan. ramai kata org klantan hensem. gemok jelez.


    si gemuk ape cer?

    dia da kurus sekarang..


    p/s: saje. tetibe cerita pasal gua. haha. lu boring? mesti tak..kan?

    la~la~la

    ReplyDelete
  7. kih3x.baguihnyaa hg masuk nasyid.akak ni langsung tak pernah terpilih masuk nasyid.maybe sesuai dalam bidang dangdut kot.haha!

    ReplyDelete
  8. Gua sekolah tahap 3 saja..malas..selalu pergi lastik burung kat sawah..

    ReplyDelete
  9. drop bye so say hello.
    jemput lar ke my blog..
    anyway selamat ari rayer

    ReplyDelete
  10. Sangat manatp mak hantar nek basikal.. saya dulu jalan kaki je ke sekolah.. huhu...

    nape tak kawen je lepas SPM? ekekek... sama je.. cikgu yang mengajar saya dulu masih kat sekolah tu lagi sampai skang.. dah berkurun dah yunk!

    ReplyDelete
  11. mase aku dajah 1 pon kakak aku darjah 6.slalu mlm2 kene gosokkan baju skolah aku.aku rase besalah pulak.muahaha

    ReplyDelete
  12. samseng aa kamu. guwe suka.

    huhuhu

    ReplyDelete
  13. tak pernah2 orang panjat pokok getah
    biji dia kan jatuh bila dah meletup
    agak masa tangan patah ari tu, tak comel la kan?
    nangis hari2
    hahaha

    ReplyDelete
  14. sahrom,

    aku layan hijjaz dengan raihan ja. tak kenai pun metallica. huh.

    ReplyDelete
  15. kila,

    ini cerita lama woii.. cerita lama yang lawak bila di kenang.. hahaha..

    ReplyDelete
  16. aliesya amani,

    ahh lu.. kenapa lu tak denda balik budak2 tu?? okehh.. lu memang cool.. ;p

    ReplyDelete
  17. kak nafira,

    tak lah, mana ada. budak baik tau. pemalu, sopan, lemah lembut. itu lah diri sy yg sebenar.


    har har har

    ReplyDelete
  18. haha..jum weh battel karok!kui9

    ReplyDelete
  19. kak cho,

    haha.tak baik tau cakap aku gitu. menci lah kat kak cho.

    *bluwekkkk

    ReplyDelete
  20. naj hebat,

    opsss.. lupa plak gua nak baca komen lu tadi.. demmm.. nanti2 bila gua free, gua baca okeh.


    haha

    ReplyDelete
  21. gua pendiam je dulu2...tapi sekali gua bagi arahan seme dengar... leader mmg cool...

    ReplyDelete
  22. kak anis,

    masa kat skolah dlu, dangdut tu tak berapa glemer lagi, kalo tak, memang awal2 lagi sy masokkkk...

    'senggol senggolan.. ewahhh..'

    ReplyDelete
  23. ceh, apehal la kau ckp malas, dah aku baca perenggan pertama je sebab tanak tergolong dalam kategori malas....cuba la cakap, kategori kiut ke, kategori bijak ke, kategori genius ke...tentu aku bc habis.

    ReplyDelete
  24. biji getah tu mainan aku jugak..tapi tak penah2 aku panjat pokoknya

    ReplyDelete
  25. salam,

    form 1,2,3,4,5?

    xebeh citer lagi tuuu.

    ReplyDelete
  26. gi sekolah balik sekolah abah wa
    jemput. x leh nak buat jahat, nk
    ponteng2. cikgu lantik jadi pengawas
    sebab wa budak baik bukan cam lu ... keh33

    ReplyDelete
  27. gua harap anak lu xade prangai bingai panjat pokok getah mcm lu hehehehe

    ReplyDelete
  28. ko kawin esok ade karoke x? akak nak request 1 lagu tp ko nyanyi..ade berannn??

    ReplyDelete
  29. KONON2 LATIFAH,

    nampak sangat lu ni lagi malas dari gua. ishhh..sila ubah perangai malas tu okeh.

    malaysia maju 2020. oh yeahhh.. haha..

    ReplyDelete
  30. six september - haha. tah kenapa bongok aku pergi panjat pokok getah tu. haha.

    cikgu humairi - alamak. banyak sgt cerita masa form 1 smpai form 5. haha.

    wachak - lu dlu ada bapak. dh besar2 ni pandai plak melawan cakap bapak. haippp.. hehe.

    days - kalo bingai jugak, gua syak anak gua dapat perangai lu. haha.

    MDT - emmm.. takut semua org yg dtg makan tu, muntah dalam pinggan je sebab sora pegantin sedap sgt.. kah3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post