Mana passport??

Suatu hari di hujung minggu........


Budak tak cun: Weh, jom kuar jalan-jalan. Bosan arr asyik lepak kat umah ja. Weekend kena arr jalan-jalan. Assignment kan dah setel.


Kawan aku bersuara. Atur ayat paling best. Sebab dah bosan dok rumah, tinggal kami berdua je masa tu. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia, dinding tengok muka aku, dinding tengok muka dia.


Aku aka budak cun: Ok, jom siap. Nak pi mana?


Budak tak cun: Kita pi Summit Bukit Mertajam nak tak. Situ ramai sikit. Boleh jalan-jalan cuci mata.


Budak cun: Ok. Ekekekeke. Syok jugak tu.


Pengangkutan utama masa masih belajar dulu tak lain tak bukan adalah bas. Pengangkutan awam yang sangat menguji kesabaran dan tahap kekentalan lubang idung korang sebab di Penang, ramai sangat warga asing. Mat bangla, minah dan mat indon, mat dan minah Vietnam, mat dan minah Filipina, sume ada. Sampai tak boleh nak kenalpasti negara asal mereka-mereka ini.


Acara dalam bas adalah mengusya geng warga asing..


Budak tak cun: Weh, tengok lipstick minah indon tu, gila babi terang. Hahahaha.


Budak cun: Kalah lipstick hang pakai. Ekekeke..


Budak tak cun: Babiiii... Kutuk aku noh. Tak belanja makan kepsi. Grrrr...


Budak cun: Hahhaha. Main-main je weh. Takkan nak merajuk kot.. Aucakkkkk.. Aucakkkk.. Hehhe..


Bas berhenti, dan kemudian naik lelaki-lelaki berpakaian uniform, imigresen mungkin.


Lelaki- lelaki beruniform: Semua duduk kat tempat masing-masing dan keluarkan passport.


Ahhh.. sudah. Masa ni, keadaan memang gempar macam dalam drama Uncle Yusop Haslam. Ada mat indon yang cuba nak terjun dari bas. Ada ambik insurans tak bang?? Kang mati katak camtu je... Aku pulak kena jadi saksi kejadian.. Budak tak cun dan budak cun terkocoh-kocoh keluarkan identiti diri masing-masing.


Lelaki beruniform check passport sorang-sorang. Dan akhirnya sampai kat tempat duduk budak tak cun dan budak cun.


Budak tak cun: Encik, passport tak dak. Ic je ada.


Budak cun masih steady. Buat-buat muka tak takut padahal dalam hati, sama macam brader mat indon tadi, nak jugak terjun dari bas.


Lelaki beruniform: Hangpa tak pa.


Budak tak cun dan budak cun berpandangan sesama sendiri. Budak tak cun buat muka heran.


Budak cun: Weh bodoh, aku rasa passport tu untuk warga asing je lah. Depa nak check pendatang haram ka tak.


Budak tak cun: Hahahaha. Mana aku tau. Tapi serius lah, aku memang tak dak passport, aku ada IC je.


P/s: cerita di atas adalah kisah benar, tapi di ubah endingnya sebab masa tu, dua-dua budak iaitu budak tak cun dan budak cun sama-sama keluarkan IC masing-masing dan buat muka takut sebab tak ada passport. Sekian, laporan ringkas dari budak cun yang tension sebab Maxis macam tayyik kat Lumut ni, dah 2 hari tak boleh sms, tak boleh call. Mak pesan, muka jangan masam-masam, nanti kedutan cepat nampak di wajah. Kemudian mak cadangkan Olay Total White. Sekian, babai.

17 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. orang tua2 dulu2 bukan ke panggil I/C tu passport..

    kira betul lah tindakan budak tak cun & budak cun tu...

    ReplyDelete
  2. passport aku dah mati tapi IC aku tak mati lagi huhuhuuh

    ReplyDelete
  3. aku pun tak de passport.kakakaaka

    ReplyDelete
  4. aku ada dodua..... kena bagi dodua ka....??? he he...

    maxis memang bangang!!! aku dengar citer pencawang runtuh. he he....

    ReplyDelete
  5. heheheh..emm betul tu..muka jgn masam2...:)

    ReplyDelete
  6. pala maldini: haha. ekceli, org tu tak mintak pn passport kat ktorang, dia lalu tepi je. dah sah2 muka melayu tulen kan. ekekeke.

    sahrom: sila kebumikan passport hang tu. ekekeke.

    kila: aku dah agak dah. haha.

    pia: cehh, menunjuk2 dia ada passport ar tu.

    pencawang runtuh ka? ni agak2 brp hari tak dak line ni weh? bangang betui la.

    ReplyDelete
  7. cikceriacorner: nk buat macam mana, dah suka makan asam. haha.

    ReplyDelete
  8. hahahaha ke lu kaver line..padahal brader tu saspek lu ngan kawan lu orang nepal.... :)
    (gua tambah maxis memang cam haramjadah!!!)

    ReplyDelete
  9. ini along & angah yg kata..

    acik jangan kata B A B I tau..tukar ke KHINZIR boleh ?... hehehe..



    dah berkurun tak renew passport itu...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. kalo sis.. mesti buat muka bangga jek kat mat indon yg nak terjun dari bas tuh~

    tapi.. kalo lupa bawak IC.. rasanye dengan sis skali joint terjun bas..muahaaha

    ReplyDelete
  11. hantwo: nepal ker? muka gua yang macam aishwarya rai ni lu cakap macam nepal? rasa nak makan pakai tiub ker bai? haha.

    (masuk hari ke 2 pun tak ok lagi maxis ni)


    kak reen: ustaz ckp, menatang tu mmg haram. mmg elok la tu ckp ba bi. haha.

    * sampai ke arini tak buat passport lagi. hehe.


    kak nafira: kalo time cuak tu, mmg tak leh nak buat apa dah.
    sama kes mcm kena tahan dgn polis masa roadlock, tetap cuak walopun ada lesen, roadtax sume idup lagi. haha.

    ReplyDelete
  12. hahaha!!! aku nak gi buat paspot ntah bile.

    mu pakai la olay total effect. bagus jugak.

    ReplyDelete
  13. hahaaha..trg2 la psport tak same..nasib baik xterjun mcm indin tuh.heee

    ReplyDelete
  14. GB: igtkan GB dah ada passport. hehe.

    olay total effect? takmo, baik pakai bedak sejuk. haha.


    echah: masa tu cuak sgt, itu yg jadi peseng gitu. hehe.

    ReplyDelete
  15. kekeke!! cepat la buat paspot oi.kata nk mai sini!!

    ReplyDelete
  16. kak anis: berapa kupang woi rega nak buat passport? kalo tak nam kupang, 10 pun orang buleh buat. hahahaha

    ReplyDelete
  17. gua penah alami situasi camni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post