• News

    08 January, 2011

    taska bangang

    macam pelarian je...


    aksi tido beramai-ramai


    grrr.. gambar ni senget pulak.. ok, malas nak tukaq..



    gambar-gambar kat atas ni sebenarnya kawan aku yang bagi through email.
    mana sumber email ni aku tak tau.
    tapi aku tetap nak letak gambar-gambar ni kat blog.
    sebab aku mesti sakit hati kalau orang buat macam ni kat zahra.
    haramzadeyyy betui.


    kat bawah ni aku ada copy jugak email dari orang yang hantar email ni.
    parents kepada budak-budak dalam gambar ni kot.
    kalau hangpa kat tempat mak pak depa ni, apa hangpa rasa??

    Salam.
    Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal.
    Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

    Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.

    Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.


    -fimmie-



    selama ni dok ingatkan taska tu jaga anak kita baik-baik
    tengok-tengok jadi lagu ni...
    naiya budak-budak weh..


    yang mak pak pun satu
    dah tau taska ni buat macam ni kat anak-anak hangpa
    angkat je la budak-budak tu
    hantaq kat taska lain
    takkan nak tunggu ada kes baru nak angkat kot


    jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa...







    25 comments:

    mario said...

    sian dak2 tu...

    Kuasai Minda said...

    Kesian betol kat budak2 tu...
    Dah la kena tinggal dengan mak ayah, terbongkang tunggang langgang pula di taska...

    Mungkin pemilik2 taska kena ada rasa sayang kepada anak2 ini dulu baru bersedia untuk menjaga mereka, dan rasa jiwa pendidik untuk menguruskan semua anak2 ini dengan lebih berkesan.

    Kalau tak silap aku, setiap taska kena perbaharui permit setiap tahun. Mungkin masalah seperti ini boleh diajukan kepada pihak berwajib yang ada kaitan dengan permit tersebut. Sekurang2nya, pihak taska akan lebih berhemah jika merasakan mereka boleh dilaporkan dan mungkin bermasalah untuk memperbaharui permit jika dinilai seperti dalam gambar ini...

    Mat Sentap said...

    eeer nk tanya..kau dh ada anak ke???

    Cik SHiNJU said...

    Sapa yg snap gambo?
    Asal muka2 'mangsa' ditutup..
    Mak ayah yg dah tgk tp still nk antar anak ke taska yg sama mmg jenis paku pakis la..nak kata binatang xleh sbb binatang pun sygkan anak..

    || NaFiRaa || said...

    aduhai~ sedih plak.. terus tingatkan My anis kat bbsitternye.. harap2 anak sis tu sentisa dalam keadaan terjaga..

    Aida Azryn said...

    kesiannye.. :(

    SyuraLatif said...

    eee.. seram. buat kat anak die kang baru tau!

    aNiS tHe BumbleBee said...

    naluri seorang ibu...cewah!hahaha!

    Days said...

    jgn kasik gmbar mcm nih tlihat oleh bakal laki gua.mampos die xkasik gua keje nanti.dduk umah jaga anak ..sbb taska ke bibik ke semua xleh caye hishhh

    ZR said...

    bertutup2 muka tu tak lemas ke...aduiii bahaya la mcm tu...boleh sesak nafas

    Al said...

    best je nmpk bdak2 tu tdo ye

    hehe..jgm mrh naa

    Relevan said...

    Buat nya budak budak ni berak sekali beramai ramai macam mana lah servisnya pula yer..!

    Aleen Aiden said...

    oih,markas tempat pendatang haram tggal sblum kene anta balik 2 pon lawa lagi dari nih.

    cikpia said...

    senang2 jaga sendiri.... tapi senang ka....???

    Cik Anita said...

    kesiannya budak-budak ni!!
    hurm, bayar mahal-mahal cam ni je jaga? Ya Rabbi.

    Tijah said...

    gila. ada yg lemas tu kang...

    one2paii said...

    gambar last tuh yang best..memang brutal kanak2 tuh tido..nampak sangat xnk diganggu..keletihan agaknya..
    p/s : baik jagai anak sendri dari hantar kek orang len..damn

    Pala Maldini said...

    most taska memang macam gitu lah rupanya. sebab budak2 ramai.. "penjaga" sikit..

    anyway, kepada emak2 yang berkenaan.. tak salah kalau korang forward kan report ke kementerian Datuk Seri Shahrizat tu... atau JKM

    hentakbelipat said...

    ini dah macam kes banjir dah ni..kesian lah..mmg susah nk bagi bilik yang lawa2 kan..atleast cukup sekadar pelapik yang comfort sikit kot..dapat duit bulan2 yuran buat ape ntah..n mmg taska kalau boleh kene pantau..lagi2 soal makanan...

    Carnation said...

    bak sini budak2 tu
    biar aku jaga

    cikceriacorner said...

    kesiannye tgk anak2 tu..terukla taska tu..patutnya bgla tmpt yg proper..bg alas senipis tu aje?sejuk bdn anak2 tu..saman taska tu bleh x?

    kata kila said...

    kesian nyaaaaaa

    sahromnasrudin said...

    kiter blacklist taska nie

    sitinaminah02 said...

    mario- kesian kan. bodo tokey taska ni.

    kuasai minda- ishh.. teruk sgt taska ni. takut ada budak2 yg lemas masa tido. kesiannya. mak ayah pn kalo dah tau mcm ni,jgn la letak kt situ, cari je la taska lain kan.

    aliesya amani- anak tekak! haha.

    cik shinju- muka2 mangsa di tutup supaya tak mudah org nak kenal pasti, takut mangsa2 tu glemer. haha.

    kak nafira- insyaallah, harap2 anis and sume budak2 yg bawah jagaan taska ni selamat hendaknya.

    kak anis- haha. naluri keibuan yang terbaekkkk!! kah3x.

    aida- sgt kesian okeh!

    misz syura- memang kena ajar balik depa ni. kojaq sgt!

    Anonymous said...

    salam, kat mana taska ni? dajal betul

    Total Pageviews

    My Followers