petang tu akak ke kedai runcit, dekat je dengan umah akak ni
seat belt malas la akak nak pakai
skema betul, pergi kedai dalam kawasan kampung pun nak pakai seat belt
lepas pilih barang lebih kurang dan bayar, akak pun balik lah
takkan nak ajak brader kedai runcit tu pergi dating pulak kan
sangat lah melampau
masa akak nak balik tu pun, akak tetap tak pakai seat belt
lagipun akak kan pernah jadi Penang driver yang berhemah
jadi, pemanduan akak sangat lah bersopan santun di atas jalan raya
*ok, sila percaya
akak tak perasan ada abang polis kat depan
dah dekat baru akak perasan ada polis
akak apa lagi, terus sentap
tarik seat belt tu dengan kuasa henjutan cap kuasa kuda
entah macam mana, akak boleh ter free gear keta akak
sebab akak dah gelabah sangat
mujur dah dekat dengan abang polis tu, akak dah selamat pakai selt belt
jadi, akak pun pura-pura tak ada apa-apa
terus tekan minyak, bawak slow-slow kang, naiya ja kena tahan
akak pun main tekan je la pedal minyak tu kuat-kuat
sekali kereta berbunyi kuat
macam akak pergi remmmmm kat polis tu
aiyakssss.. akak terfree gear tadi..
* ni kalau akak tetiba dapat surat saman
akak syak sebab akak berlaku biadap kat polis tersebut
maaf ye bang, tak sengaja
19 comments:
aku pun terfree gear masa tarik seatbelt masa nak gi beli nasi sebab ternampak abg polis jugak!
saya nak ke tandas pun pakai tali pingang~~he~~
ayok.. tak tahu... he..he.. semoga abg polis tu baik hati..
GB - pakai manual car jugak eh? hehe. kalo kereta auto, rilek je..
bujal - kamu kalo tak pakai tali pinggang, kang londeh pulak sluar. haha.
kak Hanis - haha. uwekssss.. tak takuttt....
nasib abg polis tak tahan ekk.. mana tau ada abg polis nakal.. saje nak nyakat GC.. baru haru biru jadinye.. :)
ni nak ajak polis tu race ke?
keh3
kak atie - tak sempat dia nak kejar, sy dh pecutttt... vrommmm... haha
alien - hahaha. dh macam mat rempit lak, tu ar, macam nak ajak polis tu race. ish3x
Len kali bawak je keta oto....xyah free2 gear.
kahkahkah..
teringat balik lunch semalam. camtu jugak. ingatkan polis rupanya Majlis Perbandaran daaa...
sakit hati betul sebab tersangkut2 masa kReen tengah tarik seatbelt tu..
Moralnya, pakailah seatbelt sebab keselamatan, bukan sebab takut kat abg polis..ekekeke
Alah, kalau kena saman pun, hulurkan saja senyumanmu itu bersama sekuntum bunga, pasti selesai kes..!
hang sengih2 ja la kalau kena tahan.............
hahahaha mesti polis tu ingt ko nih samseng jalanan nih .hehehe padehal kes ter free gear je kan kan hu
kalau aku abg polis tue..trus saman hahahahhaa
Lain kali pakai aje talipinggang tu. Taklah kelam kabut.
aku mana reti bawak manual. huhuhu~
elehhh, ckp jek la nak ngorat abg polis kannnn.. tu pasal remmmm lebih sikit, hehehhehe :P
elehhh, ckp jek la nak ngorat abg polis kannnn.. tu pasal remmmm lebih sikit, hehehhehe :P
haha
seb bek laki hang xde skali
klo x konfem kne saman ngn abg polis tu
Post a Comment