Sepasang suami isteri yang baru berkahwin, baru sahaja menduduki rumah yang di sewa. Rumah tersebut kosong, tak ada sebarang perabot masa mereka memasuki rumah tersebut. Cerita berkenaan perabot amatlah tidak relevan dengan cerita hantu.
Si suami bekerja di sebuah kilang yang mempunyai 2 shif. Satu hari, ketika si isteri tinggal di rumah seorang diri, lebih tepat lagi ketika hampir waktu maghrib, tiba-tiba si isteri mendengar seperti grill rumahnya di goyang. Mangga yang memang terkunci pada grill bergoyang-goyang sambil berbunyi. Si isteri diam, sambil memikirkan mungkin si suami cuba menakutkan si isteri.
Kemudian, si isteri mendengar pula seperti grill di goyang di bahagian dapur. Ahhh.. Sudah. Jangan main-main. Kali ini si isteri bangun dan pergi memeriksa di dapur. Nothing! Segera si isteri ambil wuduk dan solat maghrib. Baca yassin, biar semua gangguan yang ada tadi tidak datang lagi. Harap-harap begitu.
Apabila si suami pulang keesokkan harinya, terus di khabarkan cerita seram tersebut. Si suami memberikan ayat-ayat perangsang supaya si isteri tidak takut untuk berada seorang diri lagi selepas ini. Mana tahu, mungkin ada gangguan lagi.
Selang beberapa hari kemudian, dan ketika ini si isteri masih tinggal berseorangan, dia terdengar lagi seperti grill rumahnya di goyang dengan kuat. Kali ini si isteri bangun dengan berani, ingin berhadapan dengan Hantu Kak Limah (kalau mungkin Hantu Kak Limah yang terpacul disitu), kalau bukan Hantu Kak Limah pun, si isteri redha. Mungkin koman-koman si isteri pengsan, takpun histeria.
Bertindak seperti seorang krew Seekers, takpun wartawan Misteri Nusantara, si isteri yang berani tadi terus buka pintu dannnnnnnnnnnnnnnnnn.. kelihatan di situ Hantu Kak Limah versi beruk yang terkejut beruk sebab mungkin beliau tidak sangka si isteri akan buka pintu dan memeranjatkan beliau.
* Beruk nak say hi kat jiran baru.. Sabo je lahhhhh..
19 comments:
haha saspenn giler tadi..hampeh beruk rupanyaaa
nakal betul lah cerita hantu ni..
suspen!
ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!! aku tetibe rase bengang gile
ceh. itu hantu beruk kak limah!
baru nak peluk bantal tutup muka citer dah habis pulak.. he..he..
ceh~~tak guna punya beruk~hahaha~~
beruk friendly.. dia tau nko sunyi dok sorang2...
beruk pesen suka bergurau..
muke beruk tperanjat cumel x sis?
hang ialah si isteri atau si mak limah atau si beruk dalam citer ni???
pergh.bijak ah ko.baca yassin untuk halau beruk.eehheeh
hahah! ces.. =.=!!
hehehe, nasib baik dia tak panggil dkt pintu "usiiiiin... usinnnnnn"
wakakakakak!
kaseh - yer, percaya lah yg beruk tu nak say hi kt jiran baru. haha.
anntaj - nakal2 jgk, tp kalo kena kt diri sndri, seram jugakkk.. hhehe.
kila - hang pehalll? haha
GB - taktau pulak ada hantu beruk kak limah. haha
kak hanis - ini bukan cerita bersiri, ini cerita versi kontot. haha
bujal - beruk tak ada kesedaran sivik!!
pala maldini - byk la hang punya frenly.. seram tau, seram! haha
linglung - beruk ni boleh cuba masuk raja lawak.
days - comell sgt, jenis comel peseng nak mintak kaki. haha
pia - aku adalah tukang cerita. haha. har har har
chah - ishhh.. baca yassin sbb nk dapat pahala lahh.. ;p
aida - ;p
lurpak - haha. kalo pggil cenggitu, sumpah baca yassin kuat2. haha
beruk ker kera??.
Post a Comment