seppraissss...!!!

Lelaki ini adalah manusia yang sangat suka bagi seppraisss
Dari zaman cintan cintun, bertunang dan kahwin serta nak ada anak
Hahaha


Zaman bercinta
Masa tu kakak aku kahwin, aku ajak-ajak ayam je lelaki ini ke rumah
Takut dia betul-betul datang
Kang kecoh, kakak aku kahwin, tapi orang kampung tengok aku dengan dia pulak
Sumpah!! Memang dia datang, dari Lumut naik motor ke kampung aku di Kedah
Kesian bila tengok ada minyak petrol yang dia spare dalam raga motor


Zaman bertunang
Aku di Penang, tak balik kampung masa weekend
Weekend, normal hari untuk bermalas-malasan tahap gaban
Lelaki ini sms, katanya dia dah sampai bawah flat rumah sewa aku
Macam tipu, beli tiket pun tak bagitau, dah on the way dalam bas ke Penang dari Lumut pun tak di bagitau
Jenguk-jenguk kat bawah dari tingkat 4 rumah sewa, confirm dia memang dah sampai kat bawah
Masa tu aku belum mandi pun!!! Haha


Zaman dah kahwin
Aku tanya dia, weekend ni duty lagi
Jawapan, dia duty lagi
Tapi ada jawapan yang lebih seppraisss lagi
Jumaat nak pergi belayar selama 4,5 hari, hari rabu baru bagitau aku
Hahaha.. So seppraisss laaaaa...
Kali ni jauh lagi, ke Singapore maybe


Jadi, untuk pemergian kanda ke sana, dinda nak nyanyi satu lagu sepesel untuk kanda
Kanda tau kan suara dinda memang merdu sebab selalu kanda dengar dinda menyanyi di dapur
Kehkehkeh

Perwira

Perwira.. Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira.. Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni blogging
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur diri
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwirakuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

21 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. zaman sekarang perwira dah tak berapa gugur lagi macam zaman kominis dulu... kecuali budak tu-dm buat latihan sukoi, ngeheh

    ReplyDelete
  2. salam kak,

    hilang sikit tension Ai baca entry ni

    :D

    ReplyDelete
  3. Kirim salam kat hubby.
    Suruh dia tembak lanun somalia.

    ~haha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    aku baru je belajar menembak...bukan nak jadi perwira punnn.

    ReplyDelete
  5. ayah aku pun dulu selalu buat serprais jugak. banyak kali raya kata nak balik kampung, alih2 tak balik sebab cuti tak approve.

    dia tentera gak dulu. huhuhu~

    ReplyDelete
  6. romantiknya laki hang ni.....suka bagi kejutan...kalo g singapore kirim singa ekor yek :P

    ReplyDelete
  7. KOG,

    jangan lah gugur plak. huhu.

    ReplyDelete
  8. alien,

    mafia pun tahu jiwang jugak. haha

    ReplyDelete
  9. hehehehhe..

    citer dlm entri aku tu bukan kenduri hang la..hang jgn risau. kan aku dah habaq..aku tak sesat pi kenduri hang ari tu heheheeee

    ReplyDelete
  10. lagu ni mmg best...lama tak dengar...

    ReplyDelete
  11. sedap sungguh lagu tu..suara GC boleh dengar samapi ke sini...hihii :P

    ReplyDelete
  12. tak abis lagi rupanya cerita.. "isteri yang keseorangan ni"

    aku simpati.. Memang bagus surprisenya..

    ReplyDelete
  13. sodapnye suara dia.. haha... XP

    ReplyDelete
  14. nie entri gersang kena tinggai laki ka apa?

    wei,minggu depan jom ikut kami pi kenuri nuraarin!!!!

    ReplyDelete
  15. itu lah org kata, lelaki jangan diajak bergurau. =)

    *semoga selamat semuanya. ameen. =)

    ReplyDelete
  16. sekali-sekala syahdu best jugak eh....









    *kReen pun kena tinggal ni tp tak lama ...10hari jer. Anak2 asyik meraung aje tiap malam..

    ReplyDelete
  17. euwwwwww.... romantik U,,
    i like....

    ReplyDelete
  18. Wahhh ini entri orang yang sedang bercinta-cintaan nihhh...

    hehehehe dalam hati ada kebun bunga ek.?

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post