tazkirah hari jumaat - sabar

Tazkirah konon. Fefeeling macam ustazah siti bahyah pulokkkk. Tapi tak kisah lah, ustazah ka, ustaz ka, yang penting, kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Hehehe.




Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 kata, sabar itu ialah kematangan untuk meyakini yang setiap ujian/ dugaan/ masalah yang kita hadapi ada hikmahnya. Sabar itu bukan pasrah.




Contohnya, seseorang yang belum mendapat jodoh. Kadang-kadang kita mungkin stress dengan orang kat sekeliling kita, maybe jiran, kawan, atau sedara, mahupun family kita sendiri yang asyik tanya bila nak kawin. Derrr.. Ingat jodoh tu boleh beli kat supermarket ka? Tak pa.. Tak pa.. Sabaqqqq.... Sabaaqqqq banyak2 noh.. Ingat, ujian jodoh ni Allah bagi kat kita mesti ada hikmah.




Itu ujian dari segi jodoh. Ada jugak yang diuji dari segi duit ringgit, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah tempat kerja, masalah rumahtangga, macam-macam masalah laaaaaa... Sabo je laaa ehhh.. Cer masa dok mengeluh kata duit takdak ka apa, hangpa tengok cerita Bersamamu kat tv3 tu, soheh hangpa rasa bersyukur dengan apa yang ada.




Sebesaq-besaq masalah kita, besaq lagi masalah orang len. Sabaqqq ok.



Ok, tu saja tazkirah kita pada hari ni. Ustazah nak pi ceramah kat tempat lain pulak on fesbuk. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi noh. Selamat hari pekerja untuk semua. Surirumah pun consider pekerja jugak, pekerja di rumah. Hehehe.



21 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. Ustazah GC, saya mahu add ustazah sebagai rakan FB saya.....:P

    ReplyDelete
  2. saya hari2 kena sabar~~maklumlah~~jaga kaunter~haih~tq ustazah~~

    ReplyDelete
  3. daddy ziyyad,

    buleh2. macam mana mau add? hehe. malu lah ustazah.


    bujal,

    bagus bujal. menjaga kaunter dan berurusan dgn orang ramai bukan tugas yg mudah. ;p

    ReplyDelete
  4. entahnye!klo boleh beli men timbang2 ke bolehla ckp byk!ye dak?hee

    ReplyDelete
  5. aleen,

    haha. dlu haku hangen gak kalo org tnya. keh3x

    ReplyDelete
  6. nak dengar lagi ustazah
    nak lagi

    ReplyDelete
  7. insaf aku.. tak jadi joli katak duit bonus yang aku dapat hari ni...

    ReplyDelete
  8. ustazah,kalo nun mati bertemu dgn huruf kaf,hukum apa xtau sazah?ngehehe!

    ReplyDelete
  9. semakin meningkat tahap kesabaran slps baca entry ni.. thanks yer ustazah..

    ReplyDelete
  10. tajuk khutbah di masjid saya tadi:kawal kemarahan...lebih kurang sama dengan tazkirah ustazah GC ni...

    ReplyDelete
  11. sy jd terpikat bace blog ustazah ni..terus nk ikat hehehe...salam perkenalan yer..(^^,)

    ReplyDelete
  12. ustazah comel dah berkata-kata..
    "sabar itu bukan pasrah"

    loike.

    p.s mmg tak adil. pekerja dalam rumah tak bercuti 1 mei.

    ReplyDelete
  13. tengah sabaq la ni. gelpren lari.

    ReplyDelete
  14. tengah sabaq la ni..tak kawen2 lai

    ReplyDelete
  15. thnks..enrty ne buat sy rasa bersemangat n sentiasa bersabar..heheh

    ReplyDelete
  16. aiseyh.gua bace lu nye tazkirah jumaat pade hari ahad la plak hehe.slmt hari pekerja sis huuu

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah.. time kasih ustazah... mahap, terlewat baca tazkirah jumaat ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post