• News

    20 May, 2011

    MENJALA DI ATAS API

    perghhh.. hebat gila tajuk kat atas..
    macam tajuk puisi A Samad Said pulak
    haha


    ini cerita semalam, gua salin resipi roti jala
    daripada website masak-masak kegemaran gua
    balik kerja, excited gila nak tunjuk skill menjala


    masukkan semua bahan ke dalam blender dan biarkan selama 20 minit
    cukup 20 minit, terus gua bergegas ke dapur
    *ayat bergegas tu macam poyo je*


    percubaan pertama, tak lawa pula hasil jalaan gua
    percubaan kedua, laki gua pulak try


    hasilnya, agak huduh dari percubaan pertama..hahaha.. sorry ye bang
    tapi dah laki gua kata, "tak lawa tak pa"
    gua pun menjala dan menjala lagi


    pukul 11 malam, laki gua kata lapar
    nak makan sikit
    *elelele bang, cakap je la nak makan roti jala yang huduh tapi syedappp itu


    disebabkan nafsu menjala saja yang ada
    maka roti jala tersebut telah gua cicah dengan susu pekat manis
    nafsu nak buat gulai aka kari ayam tak berapa nak mariiiiii


    sekian, cerita gua yang selalu buat kuih huduh
    tapi rasanya agaknya syedapppp..
    keh keh keh..

    17 comments:

    bujal X said...

    tajuk tak ble blah~~~haha~~

    saya punya roti jala lagi sadis~~da siap bancuh baru perasan bekas untuk menjala takde~tak pasal2 jadi lempeng~~haha~~

    Unknown said...

    yelaaa sedappppppppppppppp...lebih sedap kalau pos kat ecah.kerh3

    Maya Mayana said...

    hmm janji makan dan tk membazir ye dakk..practice makes perfect...upgrade rupa je tinggal...

    alien said...

    Jala saya terbakar..dah cuba menjala atas api.. hahaha

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    aku ingat menjala ikan tadi...




    GC,
    huduh takde hal janji sodap !!

    sahromnasrudin said...

    mlm2 buta makan riti jala???? roti apa tue heheheheee

    Pala Maldini said...

    tak pernah pulak aku makan roti jala dengan susu pekat manis.. hurmmpp

    nuraarin-life said...

    nasib baik menjala bukan menjala**, oppsss

    bukan senang nak kuasai teknik menjala ni, saya yg berniaga pun terkial2 g hahaha..

    Yg penting air tangan isteri, huduh ke cantik belakang kira kan...

    kata kila said...

    oi.tak ajak!

    Al said...

    cicah susu pekat manis sedap ape..kan

    Dr K said...

    oooo..baru tau susah rupa rupanya nak buat roti jala...hahaha..

    as usual, yang penting rasanya...kalau lawa macam chef hotel 5 star buat pun, tapi rasa hampeh, tak guna jugak kan...ekekeke

    gadisBunga™ said...

    pukul 11 malam?? ko nak buat supper ke nak buat brekfast besok??

    ardzmarn said...

    cer letak gambar sikit.. nak tgk gak rupa roti jala huduh tu.. hahaha..

    Aida Azryn said...

    huduh tak huduh pun,janji sodap dimakan. hehe

    DeLancrettLurpak said...

    ko boleh telan dgn susu eh? erkk, umpama pancakes dimakan dgn maple syrup gitu, hehehehe

    Days said...

    pergghh hebat la tu buat kuih tu.gua nih nak pegang acuan tu pon gegaq haha

    HEROICzero said...

    kalau setakat makan dengan family, x kisah pun nampak huduh, tapi sedap.

    mak gua, serious ckp, entah apa2 rupa jek dia masak lempeng, cekodok , kuih talam semua tuh. tapi sedap weh !

    HAHA

    Total Pageviews

    My Followers