• News

    07 October, 2011

    MUHAMMAD ALIFF EMRAN, hadiah terindah buat mama dan papa

    Alhamdulillah, pengalaman masa mengandung sangat best aku rasa sebab loya pun tak teruk, cuma alah kalau nak kena ayaq pagi2 dan masa nak gosok gigi. Ada la aku muntah dalam 2 kali. Tu ja. Semua benda makan aku boleh taram. Dari berat 48.7kg masa sebelum mengandung, terus mencanak naik ke 63kg.

    Tambah pulak dekat2 dengan due date, aku dah mula cuti sebab takut terberanak kat rumah sorang2 masa ayah emran keja. Due date sepatutnya 11 Ogos, tapi hujung bulan Julai aku dah mintak ayah emran hantar aku balik kampung, lagipun elok sangat lah, 1 Ogos kan dah nak posa.

    Aku nak posa selagi boleh. Nak ajaq jugak anak dalam perut ni posa. Hehe. Hari2 masa bukak posa & sahur, melantak kaw2. Makan sungguh2. Sampai la dekat2 due date tu aku kena darah tinggi. Tension, hari2 kena pi klinik desa, check blood pressure. Ada sekali tu, tinggi plak tekanan darah aku, terpaksa la misi kat situ call ambulans dan bawak aku ke hospital. Dengan berkain batik, naik la ambulans. Tapi hampeh, ambulans tu tak bunyi nenong, nenong. Tak merasa naik ambulans macam tu.

    Sampai kat hospital, doktor suruh aku rehat dan datang check tekanan darah aku. Banyak kali jugak dia check dan dia satisfied yang aku boleh balik, dia kata standard lah tu tekanan darah tinggi sikit, sebab dah overdue. Aku pun balik. Masuk hari ke 14 posa, aku ke klinik dengan ayah emran. Tekanan darah aku tinggi lagi, kali ni kena admit hospital lagi. Aku stay semalam kat hospital sik, then kena transfer ke hospital sg. petani since kat situ tak ada pakar untuk induce, aku pun dah overdue dah masa tu.

    Malam tu tido kat wad, misi letak aku kat betul2 dekat dengan meja depa, sebab kes aku agak berat compare dengan orang lain, overdue dan ada darah tinggi. Malam tu dapat la dengaq orang menjerit nak beranak. Seram gila dengaq, sampai tak boleh nak tidoq. Tetiba je rasa takut nak beranak. Tapi nak tak nak memang tetap kena beranak. Hahaha.

    Dari hospital sik naik ambulans nak ke hospital sg. petani, terus rasa nak tercabut pinggang sebab ambulans tu macam teruk sangat, takpun mungkin sebab jalan yang teruk. Hahaha. 15hb Ogos, aku dengan 2 orang lagi kakak yang kes depa di transfer ke hospital sg. petani terus 'check in'. Doc terus check, dah buka 2cm katanya. Aku langsung tak rasa sakit apa pun masa tu. Petang tu jugak, dalam pukul 6 terus aku kena induce. Peliknya, aku langsung tak rasa sakit. Kakak2 dalam bilik tu pun kerap tanya aku, dah rasa sakit belum, aku jawab tak.

    Tak silap aku, ubat tu akan bertahan 6 jam, kalau bukaan belum 3 atau 4 cm, doc akan masukkan lagi ubat. Mujur malam tu bila doc check, dah terbuka 4 cm. Misi pun pesan, pukul 12 nanti siap2, pergi bilik bersalin. Dalam pukul 10 or 11 macam tu, aku rasa sakit kat pinggang ni, so aku pun turun katil, jalan2 kat luar bilik. Berjalan dan berjalan, sebab orang cakap kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin.

    Lebih kurang pukul 12 malam, misi mai cari aku, dah nak tolak ke bilik bersalin. Masyaallah, masa tu aku rasa takut yang teramat sangat. Takut mati pun ada, takut apa2 jadi dekat baby, macam2 yang aku takut. Huhu. Malam tu pulak, ramai betui orang nak beranak. Bilik beranak penuh!!!

    Setelah segala usaha menge'push', akhirnya lebih kurang 6.55 pagi, lahir la anak teruna aku. Emran kena stay kat NICU sehari kalau tak salah aku, then bila dah ok, kena jaundice pulak. Tapi sekarang Emran dah sihat dan kuat, Emran selalu teman aku masa ayah dia kena kerja malam. Bila Emran tido, aku pun tido sekali. Hahahaaha..

    "tido macam ni baru puas. so please, jangan bedung saya. saya rimassss"

    15 comments:

    bujal X said...

    mak dengan anaknya sihat?

    *kemain posing dak baby ni.keh keh~~

    Siti Noor Aminah said...

    anaknya sihattt.. sedang menambah berat.. maknya sedang menurunkan berat.. kah3x..

    *itu baru tgk dak baby ni yg posing, blom tgk posing omaknya lagi. kah kah kah

    Mario said...

    tahniah!!

    Anonymous said...

    selamat berblog kembali cik puan comel & sicomelnya :)

    Siti Noor Aminah said...

    mario - tenkiu!!



    MDT - hehe. selamatttt.. terima kasih. hehe.

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    Grrrr...kenapa sgt comel ni ?? buat auntie geram tau emran ....

    Al said...

    tahniah GC!

    cantik nama tu

    || NaFiRaa || said...

    tahniah.. ade darah tinggi memang trus jadik kes under pakar kan.. sama lah ngan sis.. 2 2 anak induce awal sebab darah tinggi..

    hehehe.. anak2 sis pon x mau di bedung.. kalo bedung jawab nye x tido.. hehehe

    Pala Maldini said...

    Tahniah GC!

    berapa kilo anak nko ni ? macam besar je...

    Aleen Aiden said...

    oi bedunglah oih.nanti besor kaki pengkor nak kate ape!Hik2

    Aida Azryn said...

    awwww.. comel baby tu! <3.<3

    Days said...

    der.lu kiss emran cumel nih smbil bisik2 kat telinga die.auntie days gojes kimslm ok?

    Ati Masrif said...

    alhamdulillah selamat semuanya..

    tido mcm tu..mmg best tau :)

    Unknown said...

    bilalah nak merasa jadi makk.macam best je kalau dpt bby comel mcm emran neh.:)


    doa-doakan jodoh ecah cpt.doa ibu neh cpt makbul.heeeee

    Cik Anita said...

    aku baca cerita ko ni pagi ini sambil2 sarapan.. yeeaha! pengalaman bersalin yang banyak syok?

    soalan sengal is, sakit tak?huhu.

    serammmm~

    Total Pageviews

    My Followers