Memandangkan aku memang ada simpanan tetap untuk emran tiap-tiap bulan dalam akaun ASB, termasuk jugak insurans dengan Prudential, so aku decide nak guna ja duit raya emran tu. Bukan buat beli topup aku pun, tapi buat beli susu emran.
Petang ahad, maka kami 3 beranak termasuk ayah emran sebagai driver terhormat, bergerak menuju ke Tesco Manjung. Pi semata-mata nak beli susu emran. Ingat nak beli pampers sekali, tapi mahai plak. Maka, beli susu je lah. Beli susu 4 pek untuk stok sebulan. Serius cakap, aku ada rasa susu 123 emran yang baru ni, rasa macam kurang manis kalau nak di bandingkan dengan susu langkah 2. Emran senyum-senyum bila tengok aku gonggong botol susu dia sebab nak rasa kesedapan susu tersebut. Malu aku.
Motif aku cerita pasal duit raya emran ni sebabnya aku kena sound setepek dengan kawan aku pasal guna duit emran beli susu. Katanya, duit raya anak tak boleh guna, kena simpan. Ok, aku tau. Aku pun mula tu memang nak simpan, memang nak masukkan dalam akaun emran. Tapi aku fikir dah tiap-tiap bulan memang aku dok simpan dalam ASB emran, lantak pi la aku nak guna pun, buat beli susu ja, bukan nak beli lipstick ka hapa. Lagipun masa aku beranak kat emran tahun lepas, dia dapat collect duit raya berapa ratus ja, tapi aku up kan jadi 1k masa aku bukak akaun yippie untuk emran.
Bila aku tanya orang yang sound aku tu, rupanya anak dia tak bukak apa-apa akaun lagi. Nanti baru nak bukak. Alahai..... Tiap-tiap orang ada different method nak besarkan anak dia. Janji tak bawak mudarat kat budak tu, buat pi la cemana pun. Income kita pun tak sama, aku yang bergaji kecik ni kena la sentiasa beringat, kena simpan sikit-sikit untuk masa depan emran. Orang yang income masyuk tak kisah lah, duit berkepuk-kepuk dalam bank. Bekpi lah, duit anak, duit mak jugak. Hahahaha.
* Selamat hari Isnin buat semua. 1 kerja pun tak start lagi ni, malassssssssss. Hihihi.
Lemang raya.. nyam3x
4 comments:
nak duit raya! nak duit raya! haha. ;p
hahahaha.. aida, lempang nak?? hahaha
selamat hari raya..maaf zahir dan batin..bestnye lemang tu..heheh
hoh..ada jugak org camtu nohh..lantak pi la org nak wat apa dengan duit raya anak tu..suma tu utk anak jugak..aku pon sama..dah amik separuh det raya kimie wat beli susu ngan pampers.. malaih nak bising2..kot kena stepek cam hang tu..
Post a Comment