TASKA EDORA UNTUK EMRAN

Minggu lepas cuti sempena deepavali dengan awal muharram, so aku assume pengasuh dapat cukup rehat. Hari khamis aku mintak ayah emran jadi babysitter, aku nak pi keja setelkan banyak keja yang belum siap. Mujur ayah emran ok.

Malam jumaat tu pengasuh sms aku cakap esok dia nak pi klinik cabut gigi. So, pukul berapa gamaknya aku boleh pi keja. Aku memang tak boleh amek cuti. Bukan sebab susah nak cuti, tapi kerja aku banyak. Stress aku macam ni walaupun aku faham yang dia sakit.

Aku sms pengasuh, suruh anak dia jaga emran sekejap, nanti lepas solat jumaat ayah emran pi amek. What to do, no option untuk aku. Then pengasuh cakap, ok, dia pi cabut gigi petang. Tengahari pengasuh sms aku bagitau susu emran dah habis. Haduuu.. Aku rasa pengasuh dah lama jaga budak, takkan susu budak dah nak abeh dia tak boleh inform awal2. Makin banyak yang aku rasa tak best....

Then aku google taska dekat kawasan perumahan aku, dan ada jugak yang suggest hantar kat taska edora. Balik kerja awal, terus aku singgah kat taska tu. Owner dia baik, budak2 baya emran dia charge rm180, makanan provided, sabtu pun boleh hantar, tapi sampai pukul 2 je la. Semua cikgu dihantar kursus, keadaan dalam tu pun nampak bersih. Aku agak puas hati dengan taska tu.

So insyaallah tahun depan aku nak hantar emran ke sana. Aku memang agak risau nak tinggalkan emran kat taska sebab takut dia kena buli ka hapa, tapi aku memang tak sanggup nak hadap pengasuh yang kerap cuti. Dia dah banyak amek cuti daripada aku amek cuti. Hahaha. Then kat taska nanti harap2 emran dapat ramai kawan, tak la penakut sangat, boleh belajar dengan kawan2. Hihihi..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. Jangan risau Emran kena buli kat taska tu. Silap2 Emran yg buli budak2 lain .... ngeee

    ReplyDelete
  2. hahaha.. yang tu pun risau jugak YB..

    ReplyDelete
  3. Salam, kak nk tnya, ok x hantar anak ke taska edora 2? Sy tengah mencari pengasuh sbb baru nk pindah ke manjung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post