• News

    11 September, 2013

    BUBUR PUJAAN HATI

    Masa bujang2 dulu, sumpah tak pernah masak bubur. Takat tolong mak kacau agar2 tu pernah.
    Dah kahwin, kena la belajar masak, sebab nak jamu suami makan. Takkan asyik makan bihun goreng saja kan. Masa dok belek2 gambar dalam handphone ni, ternampak la gambar bubur pulut hitam, bubur jagung dengan bubur labu.Waaa.. Kagum dengan diri sendiri. Tak sangka aku pandai masak bubur. Hahahaha.



    Bubur pulut hitam. Kecik ja modal nak buat bubur pulut hitam ni. Beli ja beras pulut hitam ni dalam seringgit, lepas tu santan pun seringgit. Rendam beras pulut dalam setengah jam, lepas tu masak la. Elok dah kembang sikit, boh la santan, gula, garam. Sagu boh jugak. Daun pandan sedia2 tak beli, lupa. 
     


     Bubur jagung instant. Jagung ni bukan guna jagung tongkoi tu pun, guna jagung instant yang dalam tin saja. Isi jagung tak berapa banyak la, tapi ok, still sedap. Masak dulu jagung tu bagi lembut, lepas tu boh santan, sagu, gula, garam. See, tetap tadak daun pandan. Tak bajet nak buat bubur pun sebenarnya. So tak berapa wangi la bubur akak.



    Haritu beli labu sebijik, sebenarnya labu tu nak buat frozen, senang nanti nak masak bubur amna. Lepas tu rasa macam banyak pulak, buat la bubur labu sikit. Tak pernah pun buat bubur labu, so ayah emran tolong gugel teknik2 nak buat bubur labu. hahahaha. gigih pulak tolong google. Mula2 masak labu dulu la bagi lembut sikit, lepas tu aku salin air yang rebus labu tu, santan pulak tak hadooo, guna la susu cair. Letak sagu, garam, gula. Sedap jugak. :-)


    Teknik nak buat bubur actually lebih kurang saja kan, so lepas ni boleh try buat bubur lain pulak. Terasa diri ini sangat pandai masak. Hahahaha...

    Perasan tak?????
    Mangkuk bubur ni semua sama!!!!!!!!!!!!!!!
    Hahahahahaha...
    Mangkuk murah je dik non, dapat hadiah masa kawin dulu. Kawan ayah emran bagi, boleh guna sampai sekarang. Terima kasih bagi mangkuk comel macam ni. Hihihi..

    8 comments:

    Kamsiah yusoff said...

    masak bubur apa pun,akak suka masukkan biji sagu...biar pekat jadinya...

    Myra Jay said...

    MJ suka bubur jagung..
    Pulut hitam tak reti makan ;D

    sitinaminah02 said...

    ha'ah kak, bijik sagu tu memang beli banyak kat rumah.. nanti nak masak bubur, senang.. ;-)

    sitinaminah02 said...

    Sedap kan bubur jagung.. emmm.. terasa nak makan bubur jagung la pulak..

    Ummi Wiyah said...

    sedap nyaaa....suka buboq pulut hitam...tp x buat2 lg...x reti..hahahaha...buat buboq jagung x jadi...malaih la nk buat lg...beli sajooo...hahaha...

    sitinaminah02 said...

    Ummi wiyah ni saja ja, dia pandai masak, buat2 tak reti konon.. meluattttt.. hahaaha

    Unknown said...

    sis pon suka makan bubur.
    terliur habes tengok gambar2 bubur nih.. huhuhu
    tapi diet yang sis amalkan x membenarkan makan bubur sebab manis. huhuhuhu.. kena tunggu hari kantoi diet baru leh makan.. hahahaha.. ade niat nak kantoi tuh!

    Eray Majid said...

    bubur pulut hitam mmg terbaek...tak pernah buat sendiri lagi. pasal en somi x berapa ngn bubur nie. makan sendri x syiok.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/09/10-tugas-macho-suami-bantu-ibu-menyusu.html

    Total Pageviews

    My Followers