• News

    05 September, 2013

    GARA-GARA MINYAK NAIK 2 KUPANG


    Lepas Najib umum harga minyak RON95 naik 2 kupang, aku pun merajinkan diri bawak bekai ke ofis. Jimat 2 ringgit sehari. Kalau hari2 bawak bekal, dah dapat jimat banyak duit. 


     Bihun singapore yang nampak pucat tapi kesedapan yang sangat luar biasa.
    Masak lebih masa mkn malam, esok pagi panaskan balik.



    Sizzling yee mee yang kering kontang, kuah takdak tapi kesedapan sangat mengagumkan.
    Macam biasa, masak lebih masa makan malam, esok tu perangat balik.


    Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, masa tu duduk dengan tok. Sekolah masa tu ada buat rombongan, pi mana aku tak ingat. Duit tambang dah bayar tapi duit belanja belum ada. Dekat2 nak pi rombongan, ayah pulak tak balik rumah tok sebab busy. So duit nak belanja memang takdak. Tok bagi aku duit belanja RM5 ja. Nak beli apa dengan RM5?????

    Aku pun cari taktik nak dapatkan lagi extra duit belanja. Aku tipu tok duit belanja RM5 yang dia bagi tu dah hilang. Tok marah sebab aku hilangkan duit tu. Tok cakap dia pi pinjam duit kat bapak sedara aku sebelah rumah. So, aku pi rombongan 3hari 2malam berbekalkan RM10. Seingat aku, aku tak beli apa2. Mungkin terguna 2, 3 ringgit, tapi aku still bawak balik balance duit RM10 tu. Masa kawan2 lain dok beli macam2, aku tengok saja. :-)

    Al-fatihah buat arwah tok. Sorry sebab tipu tok masa tu.

    2 kupang memang takdak nilai bagi orang yang berduit. Tapi 2 kupang sangat besaq nilai dia dimata orang yang tak berduit. Aku pun kadang2 nampak duit syiling 2 kupang tu memang buat tak endah, tapi aku kutip jugak sebab takut emran dengan amna kutip masuk mulut.

    Jom kerja dengan lebih gigih, cari side income yang boleh tampung sikit2 belanja kita. Banyakkan sedekah. Bagi duit kat mak ayah, adik beradik kita. Biaq gaji kita sikit, tapi berkat. Ustaz pun ada kata, sedekah yang paling besar pahala bila seorang isteri bantu suami dia. Lebih kurang gitu la ayat ustaz tu.  :-)






    9 comments:

    Hanis Azla said...

    As-salam GC..

    semoga rezeki2 kita semua akan sentiasa berkat hendaknya.. akak pun dah terfikir2 nak bawak bekal aje lepas ni..

    sitinaminah02 said...

    Wassalam Kak,

    Kalau bawak bekal ke ofis, rasanya dapat jimat banyak.. dapat jimat sikit2 pun dah ok kan.. ;-)

    Unknown said...

    eh.. awak belanja sehari rm2 jer?? huhuhuhu.
    sis kat sini paling sikit pon rm5 tau.. untuk makanan sahaja. kalo tambah air lebih lagi.

    selalunye sis bawa bekal untuk bekfes jer.. lunch mesti beli sebab tak sempat nak masak utk lunch skali.. huhuhuhu.

    monalea said...

    lebih elok bawa bekal terjamin kebersihannya

    sitinaminah02 said...

    kak, rm2 utk breakfast.. kadang2 rm3.. hahaha...

    tak sempat nk buat bekal la kak.. tp kena consider jugak la lepas ni, minyak dh naik..

    hihihi

    sitinaminah02 said...

    bersih dan lebih sedap.. hahaha.. perasan plak

    Khamsi Abdullah said...

    dulu masa kerja kat klcc selalu la bawa bekal. sebab area tu mahal..sekarang dah tak bawak. kena start balik ni :)

    sitinaminah02 said...

    good practice! jom lepas ni bawak bekai ke tempat keja.. hahahaha..

    Myra Jay said...

    Betul tu, 2kupang sangat berguna buat mereka yang sangat memerlukan..
    org yang berada mungkin tak terkesan kan :D

    Total Pageviews

    My Followers