Konvo Tadika Kemas 2019

Khamis lepas, 21/11/2019 ada konvo kat tadika Aimy. Aku plan nak singgah 2,3 jam nak bagi sokongan moral kat Aimy, almaklum la papa dia pengerusi tadika ni, so biaq dia sorang je la yang tunjuk muka. Hahaha.. 



So pagi tu masa hantaq Aimy pi tadika, cikgunya tanya mana pengerusi, aku cakap nak dia tengah breakfast (pagi tu baru balik duty). Cikgu Aimy cakap nak mintak tolong hantaqkan barang pi dewan konvo. Since aku dah bagitau bos & kawan2 yang aku masuk lambat, so aku pun offer diri nak tolong hantaq barang-barang tu.


Haritu nak konvo, banner apa pun tak pasang lagi. So aku pun tolong-tolong la apa yang patut. Lagipun aku memang minat benda-benda macam ni. So aku pun tolong la. Cikgu Aimy mintak aku jadi emcee haritu, ishh.. tak pandai la aku. Rela aku jadi tukang bancuh ayaq daripada jadi emcee.


Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Lepas aktiviti makan-makan, aku pun mintak diri nak masuk keja. 


Layan gambaq-gambaq kat bawah. 








Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post