• News

    23 July, 2021

    ECO CHECK - SHOPPING DI KEDAI ECO Part 1

    Assalamualaikum wbt.


    Hari khamis lepas, nak tak nak aku kena keluar jugak ambik document dekat kilang. Document tu dah lama terperap kat situ, tak ambik kang, risau pulak kalau hilang. Lepas habis waktu kerja, terus aku siap-siap keluar. Selesai je urusan ambik document tu, terus balik. On the way balik tu, terlepas pulak gerai orang jual rambutan tepi jalan.! Haihhh… melepas! Aku memang nak beli rambutan atau orang Kedah panggil moktan. Sebab aku bukan sejenis pemakan durian, jadi moktan lebih menjadi kegemaran aku. 


    Since dah terlepas gerai tepi jalan tu, aku pun lajak lah ke Teluk Muroh, sebab teringat banyak jugak gerai tepi jalan yang jual buah-buahan kan. Takdak rezeki aku, banyak kedai dah tutup. Mungkin sebab dah pukul 6 lebih masa tu. Kecewanya aku! 


    Taknak balik tangan kosong, jadi aku singgah kedai Eco dekat area Teluk Muroh tu, opposite dengan stesen minyak Petronas yang aku rasa belum start beroperasi lagi tu. Masuk tak lama pun dalam kedai Eco tu, lepas scan MySejahtera bagai, berdesup aku capai bakul, pegi ke rak makanan. Hahahahaha. 


    Ni lah antara barang-barang yang sempat aku sambar. Habis lah jugak 50 ringgit walaupun masuk dalam tu takde lah sampai 15 minit pun. Memang berhantu sangat kedai Eco ni, tak berani nak duduk lama-lama kat situ, mau habis duit! Nama je kedai 2 ringgit, tapi kalau keluar dari situ, mesti belanja lebih dari 2 ringgit! Hahahaha..


    Antara barang yang aku beli haritu:


    Almond - kali ni aku beli 2,3 jenis sebab aku memang suka makan salted almond, baked almond nih. Jadi sangat berbaloi untuk aku.


    Air mangga tropikal Peel Fresh - aku nak beli air oren Peel Fresh sebenarnya tapi tengok dalam peti ais tu macam dah sold out. Jadi, beli je lah mana yang ada. Aku beli 3 kotak air mangga tropikal nih.


    Air milo - mungkin dah takde dalam gambar sebab anak-anak aku dah bawak lari air milo tu sebelum sempat aku ambik gambar. Hahahaha..


    Kuaci - aku beli 2 jenis brand, sebab nak try and error, brand mana yang lagi sedap. Dah try yang hijau, merah besar tu belum cuba lagi.


    Kek Apollo - beli 2 jenis kek Apollo ni, satu yang jenis pandan, satu lagi jenis coklat. Aku nak beli coklat yang satu lagi tu, tapi tinggi sangat lah depa susun, malu pulak aku nak panggil orang ambikkan. Hahahaha..


    Berus gosok bilik air - hahaha. Apatah nama berus ni eh. Ada 2, aku dah try guna. Memang keluar daki-daki kat bilik air rumah aku. Sambil mandi, sambil gosok dinding bilik air. Baru la best mandi lama-lama. Tibeee…


    Air botol Nescafe Smoothlatte - aku memang suka nescafe, tapi aku tak sure air ni sedap ke tak, sebab aku takut rasa dia pekat sangat. Jadi aku beli 1 je. Rasa sedap, tapi mungkin manis sikit, sedap lagi air nescafe yang aku bancuh. Hahaha.. Bukan apa, air yang kita bancuh kita boleh adjust pekat, manis macam mana yang kita nak. 


    Ada je lagi 2, 3 barang yang aku beli. Tapi dah malas nak review. Hahahaha.. Layan je lah gambar-gambar kat bawah ni. 😍




    Ada kuaci, ada air mango peel fresh, berus jamban, kacang tong garden, Apollo dan lain-lain.




    Air Mangga Tropikal Peel Fresh.. Sedap kalau minum sejuk-sejuk..




    Kacang almonds favourite aku! Berbaloi-baloi. 



    Air Nescafe Smoovlatte. Rasa? Not bad.




    Kuaci. Tau tak, ayah aku pernah haramkan kuaci ni dalam rumah aku.
    Sebabnya masa kecik-kecik dulu, kami makan kuaci depan TV, lepas tu sepahkan kulit kuaci merata-rata. Marah gila ayah aku masa tu. Hehehe.. Terus dia haramkan kami semua makan kuaci.. kahkahkah.. padan muka!





    Berus gosok dinding. Kalau rasa banyak jerawat batu dekat muka, mungkin boleh bilas dengan berus ni. Hahaha..




    Roti pun ada. Dorayaki kegemaran Doraemon pun ada.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers