• News

    02 August, 2021

    GELOJOH SANGAT PLACE ORDER



    Ni lah yang jadi bila hang gelojoh sangat place order dekat shopee sampai tak tengok face mask yang beli kat anak-anak tu corak anjing. Beli 2 pek pulak tu. Mulanya nampak macam corak bunga, so proceed je la bayar.


    Bila dah sampai, tengok-tengok corak anjing. Tapi anjing yang comel lah. 😂


    Nasib baik design face mask yang satu lagi ok dan cute, corak dinosaur comel. Love it! Haihh.. comel kan corak face mask ni? 





    Bagus seller shopee ni, pagi sabtu place order, harini Isnin dah dapat barang. Aku beli sekali dengan mainan viral budak-budak sekarang ni, nama apa tah, Pop It kot, syok jugak layan benda ni. Kadang-kadang ajak anak lawan main benda ni, begitu lah nasib budak-budak yang membesar dalam zaman covid ni, dah kurang aktiviti di luar rumah, sebab bahaya kan.


    Jadinya, kita spend banyak masa dalam rumah, main mainan-mainan macam ni lah.




    Beli 4, dengan harapan budak-budak ni takkan bergaduh berebut mainan. Hurmm.. apa nak dikata, gaduh tetap gaduh. Mungkin bergaduh tu hobi budak-budak ni. 


    😂



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers