PERSEDIAAN SEBELUM PENCEN

 Sebenarnya, tak lama lagi dah suami aku nak pencen. 3 ke 4 tahun macam tu lah kot. Pejam celik, pejam celik, sekejap je kan. Jadi aku ada tanya dia, apa persediaan yang dia nak buat lepas pencen nanti? Sebab anak-anak masih kecik, masih sekolah masa dia pencen nanti, Kalau 4 tahun lagi, Emran masa tu, 14 tahun, Amna 12 tahun, Aimy 10 tahun dan Aleeya baru 8 tahun. Jadi, kena buat something untuk tambah pendapatan, takkan nak bergantung pada duit pencen kan. Tapi, selalunya pertanyaan aku akan berakhir dengan krik krik krik saja. Hahahaha.


Since laki aku takdak kemahiran macam bertukang, wiring pun taktau, jadi aku dapat rasakan yang pekerjaan dia lepas pencen nanti bukan lah ke arah bertukang-bertukang ni. Rezeki kawan aku, suami dia memang pandai bertukang, pasang tiles, mengurut orang pun pandai, jadinya sebelum pencen ni memang suami dia dah start ambik job-job kecik. Cari pengalaman dulu, nanti lepas pencen, baru boleh fokus betul-betul. 


Aku ada cadangkan dekat suami aku, mungkin nanti dia boleh cari kerja security atau jadi pak guard. Hahaha. Sebab aku tengok, ramai jugak yang pencen polis, navy atau askar ni akan kerja dalam bidang security. Alahhh... jadi je lah security dekat kilang aku kerja tu. Duit gaji security, campur duit pencen, Ok lah tu kan. Tapi aku tak rasa suami aku OK dengan idea aku tu. Hahahahaha.


Masa musim takdak covid dulu, depan rumah aku ni ada sorang abang tu, meniaga air milo dekat lori. Kebetulan depan rumah aku ni ada sekolah agama, jadi abang ni pun meniaga la air milo dan buah-buah potong dekat budak-budak sekolah ni. Duit meniaga, campur dengan duit pencen, OK lah tu kan. Ni ikut kira-kira aku lah.


Tapi rasanya, suami aku takkan kerja makan gaji dan berniaga, sebab dua-dua ni memang dia tak minat dan takdak pengalaman. Setakat ni aku dengar, suami aku plan nak cari tanah, sebab ni je lah pun yang dia minat, berkebun. Buat masa sekarng ni, dia memang ada tanam pisang dekat kebun, tapi disebabkan dia menumpang tanah orang, susah sikit la nak tanam-tanam semua tu. Balik dari kerja, baru boleh ke kebun, tengok pokok-pokok yang dia tanam.


Nak cari tanah dekat sini pun bukan senang dan bukan murah jugak, banyak modal jugak tu. Kalau ada tanah yang nak dijual pun, mungkin jauh lah sikit dari tempat tinggal kami. Kena survey betul-betul, nak beli tanah ni bukan benda mudah, benda yang kita boleh beli hari-hari atau boleh beli tiap-tiap tahun. Kalau memang keluarga kaya, takdak masalah lah kot.


Jadi sebagai isteri, aku sokong je la apa yang suami aku nak buat, janji apa yang dia nak buat tu, ada hasil, sebab anak-anak masih kecik, kena ada banyak modal jugak nak besarkan depa, dari segi pendidikan anak-anak nanti. Kalau setakat makan minum, insyaallah harap-harap takdak masalah. Aku doakan Allah permudahkan segala urusan suami aku masa dia nak pencen nanti dan semoga dia jadi pekebun yang berjaya satu hari nanti. Aminnn...










Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post