Duit Perabih Kat Mana Harini Tarikh 23 September 2021

 Alhamdulillah.. 



PKPD Taman Samudera Manjung berakhir pada 22 September 2021. Lega ya amat sebab hampir 18 hari kami ‘terkurung’ di rumah tapi kami akur dengan keputusan yang dibuat memandangkan kes positif dekat kawasan kami ni makin hari makin naik. 



Habis PKPD ni bukan bermakna kami semua boleh bersorak riang, sebabnya kes covid tetap jugak ada, cuma penduduk bebas untuk keluar bekerja, mencari rezeki sebab ramai yang mengeluh hilang punca pendapatan gara-gara PKPD, sebab ramai juga yang bekerja sendiri dan yang bergaji hari. Kalau dah tak keluar bekerja, mana pulak nak datang income kan.



Ok, berbalik kepada tajuk diatas, tajuk tu macam page femes dekat Facebook, Masak Apa Hari Ini (MAHI), tapi untuk versi aku, Duit Perabih Kat Mana Hari Ini. Hahaha. Saja lah nak buat post macam ni, mungkin esok-esok boleh tengok balik, dekat mana la aku dok perabih duit aku hari-hari. Jadi untuk 23 September, mai sini aku nak share dekat hangpa semua, kat mana aku perabih duit-duit aku. Please ingat tau, aku ni bukan orang senang, setakat kerja kilang dengan gaji tak seberapa, dan post ni bukan la untuk
menunjuk-nunjuk. Ok?




1. Laksa Kak Azizah @ Jijah Corner Manjung Point - 3 bekas RM12


Aku memang selalu order laksa Kak Azizah ni, memang kena dengan selera dan tekak aku, kuah pekat, ni memang real punya laksa Kedah. Dan selalunya aku akan request nak timun dengan telur ja, sebab sayur mayur segala bawang tu aku tak makan. 




2. Air Cha Bang Ang Najwalicious - 2
RM15 order dekat Grab Food



Dah lama teringin nak minum air favourite ni, tapi malas nak drive pi dekat tepi Stadium Manjung, dan since haritu Najwa ni cakap dah boleh order dekat Grab Food, aku pun apa lagi, terus lah order. Masa tu balance dalam account grab food tu ada la balance berapa ringgit, so lepas la nak beli air cha bang ang ni. For those yang taktau air cha bang ni rasa macam mana, dia macam combination fresh milk dengan air gula merah, cincau dan biji selasih. Sorry ye kalau salah resepi aku tu. Hahahaha. Baik hangpa pi beli dekat gerai Najwalicious atau order terus dalam grab food.






3. Corndog- 3 pcs RM15



Beli corndog dengan ustaz kat sekolah anak-anak aku. Tapi tak tangkap gambar pulak, terus suruh anak aku pi simpan dalam peti ais. Support adik-adik meniaga, muda-muda rajin cari duit. Bagus, boleh buat adik ipar. Hahahaha.



4. Ubi Cameron - 2 pek RM21 termasuk cod charges.. Hahaha..



Rindu weh nak pi Cameron, tapi tak boleh nak rentas negeri, jadi dapat makan ubi Cameron pun kira Ok lah kan. Makan ubi rebus sambil feeling-feeling ada dekat Cameron. 😂



Dah rebus sebungkus, sebungkus lagi esok-esok lah rebus. Beli sikit takut tak cukup, beli lebih, hurmmm macam tak habis pulak. Ni namanya hasutan syaitonnirrrojimmmm..





Ok tu je lah update aku pasal Perabih Duit Kat Mana Hari Ni. Duit biasanya akan habis dekat makan minum sebab aku bukan jenis yang suka beli baju, tudung semua tu. Kasut, bag pun jarang-jarang beli. Jenis pakai je yang mana. 
So, itu je lah cerita aku. Sekian, terima kasih.


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post