Alhamdulillah! Selesai bayar zakat pendapatan untuk tahun 2021

​Assalamualaikum 


Alhamdulillah, lega sungguh perasaan aku sebab dah selesaikan benda penting ni. Rasa lega yang taktau macam mana nak habaq. 


Lepas call pejabat zakat Manjung, just to confirm waktu rehat depa, sebab takmau la gerak jauh-jauh dari Lekir ke Manjung, sekali kaunter tutup time lunch. Rugi saja. So, confirm depa rehat pukul 1 sampai pukul 2. Jadi, sempat la sampai sana kalau aku gerak dari office pukul 12.




Sampai je pejabat zakat, terus dipanggil ke kaunter 2. Wahh.. tak payah nak tunggu lama. Lepas aku bagi details, pendapatan aku dari bulan Januari 2021 sampai la Disember 2021, tolak tambah itu ini, so terus bayar pakai kad ATM Cimb. Mudahnya.


Tanya jugak pasal pengeluaran KWSP untuk bayaran bulanan rumah, nak kena bayar ke tak? Pegawai pejabat zakat tu cakap kena bayar, so bayar je lah. Ingat nak kirakan sekali jumlah zakat untuk suami aku, tapi rushing pulak nak kena belikan lunch untuk anak-anak.


Jadinya, next time lah kira balik jumlah zakat untuk suami aku. Lagipun slip gaji yang dia provide pun tak berapa complete. 




Jadi, bila dah selesai zakat pendapatan untuk tahun ni, rasa lega sangat. Semoga Allah kurniakan rezeki yang lebih banyak tahun depan, rezeki yang berkat, dan semoga dapat membantu insan-insan yang memerlukan. Aminnn…




Terima kasih Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak cawangan Manjung, bagi free gift ni. Ada nota, ada kalendar dan juga doa amalan harian. Cantik dan sangat free gift ni. 




Just a recap, syarat wajib zakat:


Islam

Milikan sempurna

Harta yang berkembang

Melebihi keperluan asasi

Cukup haul

Cukup nisab


Kalau ada sebarang soalan atau keraguan pasal zakat, call la pusat zakat yang berhampiran. Contohnya macam aku, mula-mula confused jugak pasal bayaran zakat KWSP, tapi bila dengar jawapan dari pegawai zakat tu, faham lah sikit.


Kalau tak tahu, better tanya. Jangan diam atau buat andaian sendiri. Jadi for those yang belum bayar zakat, boleh je bayar online atau pegi je terus ke kaunter zakat yang dekat dengan tempat hangpa semua.


Daaa… jumpa lagi!






Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post