Assalamualaikum
Dah lama tak update blog. Sibuk uruskan hal anak-anak, hal kerja. Letih taktau macam mana nak cakap. Kalau boleh, balik kerja, terus nak tidur. Hahahaha.. Betul, ni yang aku rasa nak buat tiap-tiap hari. Tapi bila fikir anak-anak, haihhh kuatkan lah semangat. Lawan sikit rasa malas semua tu.
Ok, fine.
Aku sebenarnya agak berdebar. Pernah tak aku share cerita yang aku ada beli rumah second tahun lepas, tapi semua proses tu selesai awal tahun 2021 ni, dan penyewa rumah tu sambung duduk rumah tu walaupun dah bertukar owner.
Mulanya makcik ni nak duduk 2 bulan je, tapi atas dasar kemanusiaan, aku pun tak kenakan apa-apa deposit and let’s this makcik to stay. Sebab katanya 2 bulan. Rupanya 2 bulan tu bertukar menjadi berbulan-bulan, katanya sebab rumah yang dibeli anak makcik ni ada masalah sikit, so makcik nak duduk sampai hujung tahun.
Mula-mula aku taknak bagi, sebab fikir aku nak repair @ ubahsuai rumah tu, cadangnya nak naikkan sewa sikit lepas dah repair rumah ni. Tapi haihhh.. fikir-fikir kesian jugak, so aku pun allow la makcik to stay sampai hujung tahun.
Jadi bila haritu anak makcik ni bagitau yang mak dia nak stay sampai end of December, maka aku pun mulalah rasa berdebar, cuak taktau nak cakap apa, sebabnya as per aku punya plan, aku nak repair rumah tu, sebab lepas ni nak naikkan sewa, tapi memandangkan simpanan aku yang agak sendu ni, aku jadi risau.
So far aku dah PM tepi 2 contractor tempatan, survey-survey boleh tak repair rumah dalam bajet below RM10K. Hahahaha. Aku rasa, ini je la amount yang mampu aku tanggung. Lebih-lebih daripada tu, rasanya tak kot, sebab rumah ni aku nak sewa kan je. Jadi aku taknak usik simpanan aku. Hahahaa.. logik ke alasan aku ni?
Jadi, tolonglah doakan aku, dapat contractor yang dapat penuhi permintaan aku yang agak high demanding ni, tapi bajet sendu. Hahahaha…
Selamat cuti sekolah anak-anak ku, leganya dah cuti sekolah. Mama hangpa dah penat jadi mak supir 4 hari nih. Hari jumaat aku sengaja bagi cuti, sebabnya aku dah penat nak ulang alik. Yeahhhh… cuti 3 minggu! Yebedabeduuuu….
No comments:
Post a Comment