• News

    15 December, 2021

    My super busy schedule

    ​Sejak dah tak berlaki ni, what I mean is laki duduk jauh ni, jadual rutin harian aku ni memang lah sentiasa padat dan sendat. Kalau siangnya sibuk hal kerja, balik kerja tu, banyaklah benda nak di cari. Letih. 


    Rasa terkejar-kejar lah nak cari itu, nak cari ini. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cumanya terkejar-kejar sikitlah.


    Ahad petang tu aku perasan makanan ikan gapi yang selalu kami guna tu dah habis. Alamak. Aku memang tak pernah beli makanan ikan ni, sebab selalunya memang dia je yang beli. Kami just tolong bagi makan je, tapi ni dia takde, terpaksalah aku pegi cari.





    Balik kerja petang tu, gigihlah aku pegi kedai cari makanan ikan ni. Alhamdulillah jumpa. Harga sebotol makanan ikan gapi ni RM6 je, nasib baik murah je. Hahahaha. Pernah dulu laki aku tukar makanan lain, tapi air dalam kolam ikan tu jadi busuk. Busuk gila weh. Aiyooo…




    Sempat usya ikan-ikan cantik dekat kedai ikan tu. Menarik weh. Kalau bawak anak-anak kesini, mesti budak-budak tu teruja, menjerit tunjuk ikan itu ini.




    Balik rumah, mintak la Amna potongkan buah jambu yang beli dengan Cowie. 1 pek RM7, buah besar, dalam tu tak buruk. Manis sekali.



    Special dinner. Mak masakkan pajeri nenas. Nenas ni sebenarnya bapak mertua aku yang tanam. Sumpah manis, nenas jenis apa aku tak pasti, jadi bila mak aku buat pajeri nenas ni, hurmmm rasa macam makan lauk kenduri. 


    Dah la memang lama gila tak makan nasik kenduri. So bila dapat makan pakeri nenas ni, mengimbau memori makan kenduri sangat.




    Dekat office, kami ramai-ramai order Takoyaki Leleh Lekir, sedap weh takoyaki ni. Sebab takoyaki ball ni rasa dia crunchy sangat, tak sama macam yang aku pernah makan sebelum ni. 


    Single pack yang ada 5 ketul takoyaki ball ni harga RM5 je. Kalau family pack pulak ada 13 ketul, harga RM10. 


    Ok, itu je lah nak cerita.

    Bye.

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers