• News

    25 December, 2021

    Tips Elak Kutu Beras

    ​Assalamualaikum 


    Ingat nak share gambar masa pi Marina Wing Lumut pagi tadi, lepas tu petangnya kami ke Teluk Senangin pulak, tapi later-later lah aku share gambar tu. Sebab aku terjumpa tips yang aku rasa sangat berguna untuk suri rumah macam aku.


    Kan kadang-kadang bekas beras kita tu masuk kutu beras, walaupun kita simpan beras dalam bekas elok-elok pun, kutu beras tu tetap ada. Tips ni aku jumpa masa aku lepas layan IG live Sajat. Hahaha. Lepas layan IG live Sajat yang agak bahagia di Australia tu, terjumpa lah satu post dari Majalah Rasa kot.




    Katanya, daun serai sebenarnya boleh elakkan kutu beras. Caranya, ambik daun serai, simpulkan, masukkan dalam bekas beras dan biarkan. Lama-lama, lari la kutu beras tu.


    Satu cara lagi yang aku penah dengar atau baca pasal nak elakkan kutu beras ni, masukkan cili kering 3, 4 tangkai dalam bekas beras kita, lepas tu biar je cili kering tu lama-lama dalam bekas beras tu. Mungkin sebab pedas cili kering tu, lama-lama larilah kutu-kutu beras tu. 


    Haaa… semoga bermanfaat tips nak elakkan kutu beras. Rasa berilmiah pulak post kali ni. Hahahaa… selalunya merapu je lebih. 




    Belanja gambar kek Red Velvet Secret Recipe. Sedapnya. Harga untuk sebiji kek Red Velvet ni RM130. Terima kasih ler adikku belanja kek red velvet ni, sempena birthday kakak aku yang ke 42 tahun ni. Tua dah hang kakla oiii. 😂



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers