• News

    03 January, 2022

    Cerita Ubat Cacing

     Assalamualaikum 


    Sejujurnya, aku memang tak ingat bila last aku dengan anak-anak makan ubat cacing. Kebetulan semalam aku dengan laki aku singgah ke Farmasi I Sihat yang dekat dengan rumah aku ni, beli lah sekali ubat cacing ni. Sekali borong 6 kotak ubat cacing.


    6 kotak ubat cacing ni of course lah 4 untuk anak-anak aku yang 4 ketoi ni, 1 untuk aku, dan 1 lagi untuk mak aku. Jangan ingat yang dewasa ni, yang warga emas ni tak kena makan ubat cacing ye. Kena makan tau.


    Champs D-Worms 2S ni berperisa coklat, sekotak harga RM8.50, tapi lepas tolak diskaun ahli RM0.60, jadinya total 6 kotak ni RM47.40. Sebab tu lah aku suka beli ubat ke, supplement ke dekat Farmasi I Sihat ni, sebabnya ada diskaun ahli, lepas tu boleh collect points. Points yang dah banyak tu, nanti boleh redeem dan tukar dengan apa-apa vitamin. Biasanya aku akan redeem dan ambik vitamin C untuk anak-anak.




    Borong ubat cacing sampai 6 kotak. Hahahaa..




    Harga sekotak RM8.50, beli dekat Farmasi I Sihat




    Ubat cacing Champs D-Worms berperisa coklat, anak-anak mesti ingat ni gula-gula. Hehehe..


    Ubat cacing ni sebenarnya kena ambik 6 bulan sekali, kalau tak salah aku lah. Jadi elok jugak la aku update kat sini pasal makan ubat cacing ni, sebab lepas 6 bulan aku boleh refer balik post aku ni. Sebab aku selalu lupa bila last kami semua makan ubat cacing ni.


    Tak salah aku jugak, ubat cacing ni boleh bunuh cacing gelang, cambuk, kait, benang, kerawit dan pita. Mak aiihhh.. banyaknya jenis-jenis cacing yang dalam badan kita ni kan. Seram lah pulak. Hahahaa..


    Jadinya, bukan budak-budak je yang kena makan ubat cacing ni, yang dewasa pun still kena makan ubat cacing. Especially untuk hangpa yang suka makan makanan raw (sushi or sashimi), makan makanan yang separuh masak atau makan makanan dari tempat yang tak berapa nak hygiene. 


    Moh ler kita makan ubat cacing kawan-kawan. Adehhh.. takleh bayang pulak betapa meriahnya cacing-cacing dok berjoget bersuka ria dalam perut kita. Hahahaha. Gelinya!


















    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers