• News

    24 January, 2022

    Madu Kelulut Asli

    Masa balik ke Ipoh haritu, laki aku pun jenguk-jenguk lah sarang kelulut yang dia letakkan dekat rumah ayah dia tu. Adalah 1 sarang dia angkut dari tempat kerja lama dia, sebab susah nak angkut. Jadi, alang-alang tu dia sedut lah madu kelulut tu. Dapatlah sebekas kecik madu kelulut asli. 

     



    Close up sikit gambar sarang kelulut. Tak berapa banyak sarang kelulut yanb dekat rumah mak ayah ni.



    Fokus betul laki aku dok menyedut madu kelulut.



    Ni haaa rupa madu kelulut yang baru dituai. Pekat dan gelap warna madu kelulut ni. Rasa dia sedikit masam.


    Harini laki aku pi sedut pulak madu kelulut dekat kebun pisang dia, ada lebih kurang 7 sarang. Alhamdulillah, dapat dekat-dekat 1 liter madu kelulut asli. So mak aku apa lagi, bodek lah menantu dia, dapat lah sebotol madu kelulut asli. Nak buat ubat katanya. Kakak aku kat kampung pun mintak sikit, untuk ubatkan batuk dia. Kakak aku kalau batuk memang teruk sikit.



    Dapat banyak ni. Dulu laki aku jual RM25 sebotol. Ramai jugak yang beli. Alhamdulillah. Tapi sejak dah pindah ke KL ni, takde sapa nak tengok kan kelulut tu. Harapkan aku, memang tak la. Hahahaha..




    Ni haaa hasil madu kelulut asli yang baru lepas dituai. Dok bandingkan dengan botol air purple aku. Hahahaa…


    Mungkin bila laki aku dah pencen, boleh lah dia fokus jual madu kelulut asli ni secara professional. Nak fokus betul-betul sekarang, memang tak boleh la. Tuannya di KL, sarang kelulutnya dekat Manjung. Jangan ada yang curi pulak sarang kelulut ni sudah lah. Hahahaha…

      

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers