• News

    05 January, 2022

    Misi Mencari Laicikang - Mengidam Mengalahkan Orang Mengandung

    ​Dah banyak hari sebenarnya aku dok mencari kedai yang jual laicikang. Teringin sangat nak makan laicikang, mengidam teruk orang kata, kalah orang yang mengandung. 


    Gigih jugak la search dekat Grab Food, kot-kot ada. Malangnya, takde pulak orang jual laicikang dekat dalam apps Grab Food. Kecewanya aku. Lepas tu teringat pulak dulu ada orang pernah COD air dekat office, tapi kawan cakap orang tu dah tak jual air.


    Double kekecewaan aku. Hahahaha…


    Frust jugak lah kan tak dapat laicikang, aku pun saja lah share dekat Whatsapp status aku, nak cari laicikang sedap dekat Manjung ni. 


    Mulanya, ada akak tu reply, dia tak jual laicikang sekarang ni, dia just open order laicikang ni masa bulan puasa. Alahaii.. jauhnya nak sampai bulan puasa! Aku nak sekarang. Hahaha..


    Akak tu siap share dengan aku resepi nak buat laicikang tu. Mak aiii.. bukan main banyak lagi bahan-bahan nak buat laicikang ni, laicikang premium katanya. Aduhhh.. mana pulak nak cari laicikang ni.


    Nasib baik la aku tak mengandung sekarang ni, kalau mengandung, tak dapat apa yang kita nak, orang kata nanti anak keluar, anak tu air liur dia asyik meleleh je. Hahaha. Entah betul, entah tidak apa orang cakap tu.


    Dekat nak habis office hour tadi, ex officemate aku ada reply Whatsapp status aku, bagitau dia dulu pernah beli laicikang dekat area food court taman aku. Aku pun apa lagi, balik kerja tu terus pecut ke food court tu.


    Alhamdulillah, ada laicikang! 

    Wehuuuuu.. super duper happy!

    Dapat jugak laicikang akhirnya. Terus order 2 bungkus. 



     

    Laicikang sedap! Sebungkus RM3.50. 




    Sampai rumah, ngam ngam pulak mak aku buat kuih kacang atau orang panggil kuih kasturi. Terima kasih mak, masak sedap-sedap.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers