Bila agaknya boleh cash out Adsense ni ye?

 Assalamualaikum 


Apa khabar?


Tajuk bukan main lagi ye. Bila agaknya boleh cash out Adsense ni? Hahahaha… Terasa lama benar ye nak menunggu angka 100 tu, sebab sekarang duit dalam account ada 0.15 je.


Bermakna, kena tunggu lagi 99.85


Lama lagi tu! Hahahaha…


Rasanya, bertahun lagi lah baru dapat cash out Adsense ni. Padahal orang lain dah berkali-kali cash out. Jadi, kita harus sabar dan sabar. Itu sahaja kunci kejayaan yang harus aku praktikkan. Dan jangan lupa, jangan malas menulis! Kalau malas, apa pun tak berguna! Hahahaha


Aku perasan jugak, blog aku dapat views paling tinggi masa bulan December 2021 haritu. 30 ribu views, sumpah tak percaya! I can’t believe this! What a great achievement for me, myself. Aaaaa terspeaking pulak, sudah lah speaking hancus! 


Sejujurnya, aku akan terus menulis. Dan aku akan keep on renew my domain sampailah aku rasa betul-betul give up dan terus putus asa untuk terus menulis lagi. Tapi, putus asa itu bukan motto hidup aku. Hahahaa… 


Maka dengan itu, marilah kita terus meneruskan niat suci kita untuk menulis dan meng update post-post baru yang rasanya tidak akan dibaca oleh orang lain pun. Mungkin hanya aku yang syok sendiri. Hahahaha…


Aduhhh.. tulis melalut ni sebenarnya penat, mesin basuh rosak. Terpaksa lah aku on mesin basuh manual tu, ingatkan Ok, rupanya rosak jugak. Wayar plug tu dah rosak digigit tikus. Haihhh… geram! Banyak-banyak benda dalam dunia ni, kenapalah wayar mesin basuh yang hang nak gigit.


Esok orang nak datang repair, tak pasti lah berapa kos nak repair mesin basuh tu. Risau jugak ni, kang mahal bebeno pulak harga. 



Inilah mesin basuh yang rosak tu! Brand LG, tapi sebenarnya mesin basuh ni dah lama, laki aku beli masa dia bujang lagi, sekarang dah 4 anak! Mau tak rosak, benda dah lama 🤪






Inilah income sendu aku selama active berblogging balik. Punyalah lama kan nak tunggu cukup 100. Doakan aku sabar, cekal dan redha menanti. Uwaaaaa….





Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post