• News

    09 February, 2022

    Dugaan bila berjauhan dengan suami

     

    Banyak betul dugaan bila duduk berjauhan dengan suami. Aku dan anak-anak di Manjung, suami sorang-sorang di Sungai Besi. Bukan saja fizikal dan mental penat, tapi financial pun penat dan tenat. 



    Bayangkan aku kat sini dengan anak-anak, budak-budak nak membesar, mesti banyak duit nak pakai nak beli itu ini. Makan minum, baju, hal-hal sekolah lagi, haihhh banyak lah benda nak kena beli. Nak jimat pun setakat mana sangat lah kan. 



    2 hari lepas mesin basuh rosak pulak. Bila call orang suruh repair, dia mintak RM250. Nak tak nak, ye kan je lah. Benda penting kot, baju aku dengan anak-anak hari-hari nak kena basuh. Tambah-tambah baju sekolah anak-anak.



    Jadinya harini uncle tu pun mai lah repair. Dari tengahari datang, sampailah ke petang, tak boleh nak repair. Nak kena bawak mesin basuh ni bawak balik, nak tengok rosak dekat mana. Tapi aku bagitau, tak payah lah uncle. Macam tak berbaloi je nak repair mahal-mahal, mesin basuh ni pun dah lama.



    Pasal mesin basuh ni rosak lah, merasa aku ke dobi buat pertama kali. Nampak sangat jakun, taktau nak tuju ke mana masa sampai ke dobi tu. Hahaha. Nasib lah ada sorang abang tu sampai, dia lah yang ajar mana nak tukar coins, mana nak ambik sabun apa bagai. Uwaaa… malu 😂😂



    Orang kata, jadi isteri tentera ni kena kuat! 



    Kena kuat fizikal dan mental katanya. Kena biasakan diri kena tinggal. Ni kalau suami tak appreciate susah payah bela anak-anak seorang diri, taktau nak cakap lah kan.



    Harap-harapnya aku terus dikuatkan semangat, dipermudahkan segala urusan nak besarkan anak-anak seorang diri, dipermudahkan segala urusan-urusan kerja, dipermudahkan segala urusan seharian, begitu jugak untuk suami aku.



    Ya Allah, cepatlah naikkan pangkat suami aku. Dengarlah doa aku ya Allah. Hehehehe…




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers