• News

    28 February, 2022

    The Making of Banana Chips - Homemade Kerepek Pisang Tanduk


    Suami aku bawak balik pisang tanduk 4 bijik, pisang emas dibawa belayar masak sebiji diatas peti, dan juga buah rare yang jarang-jarang aku jumpa sebelum ni, buah durian belanda.





    Pisang tanduk, pisang mas dan buah durian belanda ni suami aku tanam sendiri. Jadi kalau kebetulan suami aku balik (kami PJJ sebab suami aku bertugas di Sungai Besi), memang dia akan ke kebun dia, jenguk-jenguk apa yang ada.





    Kalau sebelum dia pindah ke Sungai Besi, dia ada jugak bela ayam. Tapi dia mintak kawan dia tengok-tengokkan ayam tu, sebab kalau harap aku, memang sumpah aku tak pi tengok ayam-ayam tu. Balik kerja dah penat kot, daripada tengok ayam-ayam tu, baik aku tengok-tengokkan anak-anak aku ni.





    Jadi sekarang ni ayam dah takde, semua dah disembelih. Yang ada cuma pokok-pokok pisang, pokok durian belanda dan jugak beberapa sarang lebah kelulut. Lebah kelulut ke eh? Or maybe kelulut saja. I’m confused. Hahahahaha.





    Pisang tanduk ni biasanya sedap kalau dibuat kerepek. Jadi suami aku pun request lah nak makan kerepek pisang tanduk. Sebagai isteri yang gigih dan sayang suami, buatkan jugak lah apa yang suami aku nak tu.





    Maka, marilah kita berpanas-panasan di dapur, siapkan kerepek pisang tanduk buat suami tercinta. Jenuh jugak ye nak dapatkan sebalang kerepek, jadi no wonder lah kan, harga kerepek-kerepek ni especially kerepek pisang tanduk ni mahal dijual dipasaran. 





    Nak dapatkan stok pisang tanduk tu sendiri pun susah, inikan pulak nak buat kerepek pisang. Haaa.. tunggu lah nanti suami aku pencen, kalau-kalau dia nak tanam pisang tanduk, boleh lah aku buat dan jual kerepek pisang tanduk. Hahahaha. Berangan tak salah. 😂





    Disini aku sertakan cara-cara nak buat kerepek pisang:




    - Buang kulit pisang, cuci dengan air bersih dan tos kan air.




    - didalam belanga yang panas berisi minyak yang banyak, masukkan air yang dicampur garam dan kunyit




    - sagat pisang nipis-nipis pakai penyagat pisang




    - alih-alihkan kerepek tu sampai kekuningan atau keperangan




    Selamat mencuba!







    Pisang tanduk dan buah durian belanda. Besar tau buah durian belanda ni, tapi tak tau apa nak dibuat dengan durian belanda ni. Nak buat jus ke makan raw macam tu je? Urmmm…









    The making of banana chips. What you need to do is you to slice the banana with the slicer and make sure it super thin just like this 😂








    Dah siap sebalang kerepek pisang tanduk. Ni kalau kat kedai, dah berapa belas dah kalau isi dalam balang besar macam ni







    Ini lah rupa pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti. Hutang aku bila kau nak bayar daaa…



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers