• News

    20 February, 2022

    Majlis Apresiasi Tabika Kemas Parlimen Lumut Tahun 2021/2022

    Alhamdulillah.


    Pada tarikh 17 February 2022 bertempat di Ballroom Hotel Ritz Garden, Seri Manjung berlangsungnya Majlis Apresiasi Tabika Kemas Parlimen Lumut bagi tahun 2021. Dengan ini, maka tamatlah pengajian Aimy di Tabika Kemas Teratai 3, Taman Samudera Manjung.


    Syukur, walaupun Aimy terpaksa belajar dalam norma baru disebabkan pandemik Covid 19, Alhamdulillah Aimy boleh kenal huruf dan membaca dengan agak lancar. Kalau aku nak compare zaman umur aku 6 tahun, ABC pun rasanya tak habis kenal lagi. Hahahaha..


    Pi tadika untuk main dan makan makanan yang sedap. Teringat pulak air milo dekat Tadika Kemas Kuala Ruman zaman aku sekolah dulu, rindunya dengan Cikgu Azizah. Sihat lagi ke eh cikgu tadika aku tu? Semoga Allah merahmati cikgu selalu. Aminnn..


    Aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih buat cikgu-cikgu Aimy, dan jugak pembantu tadika, Kak Zie yang tolong hantarkan Aimy ke rumah pengasuh lepas habis waktu sekolah. Hehehehe.


    Jasa baik cikgu-cikgu dan akak-akak semua takkan saya lupakan. Insyaallah, minggu ni minggu terakhir sekolah. Semoga Aimy terus maju jaya di masa akan datang. 


    Jom layan gambar-gambar Aimy di Majlis Appresiasi Tabika Kemas Parlimen Lumut bagi tahun 2021/2022.






























    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers