• News

    11 February, 2022

    My next mission: Mencari tanah kebun getah untuk dijual area Jeneri Kedah


    Walaupun kita masih bergelut dengan covid 19 masa ni, tapi Alhamdulillah tahun 2021 aku berjaya beli rumah sebijik. Walaupun rumah subsale atau rumah second hand, tapi aku masih happy dan bangga dengan pencapaian aku tu.


    Dah umur 37 tahun baru ada hati nak beli rumah. Sebelum ni, memang aku tak berniat pun nak beli rumah, sebab aku tau harga rumah dekat Manjung ni mana boleh dapat RM200 ribu ke bawah. Kebetulan masa tu, aku nampak iklan jual rumah, dan harga rumah tu memang bawah RM200 ribu, so aku saja lah gatal pegi PM tepi agen tu.


    Kebetulan jugak lah kan, rumah tu located dekat tengah-tengah Pekan Manjung ni, dekat dengan sagala kemudahan. Sekolah dekat, hospital dekat, stadium dekat, balai polis dekat, apa ke lagi eh yang dekat? Macam-macam lah dekat. 


    So Alhamdulillah lah, dah ada rumah. Jadi, next target aku, nak beli tanah kebun getah pulak. Plan asalnya nak beli tanah yang ada pokok kelapa sawit, tapi susah jugak, nak kena cari orang jaga pokok sawit tu, nak kena letak baja, nak kena buang dahan pokok sawit tu. Jadinya, malas lah nak beli tanah kebun sawit.


    Kiranya sekarang ni, aku kena start menabung balik, sebab next mission aku nak beli tanah kebun getah. Kalau boleh, nak yang dekat dengan kampung aku, senang nak balik tengok-tengok. Balik kampung tengok mak, boleh tengok kenun getah sekali. Hehehehe.


    Kalau boleh, kebun getah tu pokok dia masih boleh ditoreh lah, yang masih dapat hasil. Bila dah jual getah, hasil jual getah tu boleh kongsi dengan orang yang menoreh tu. Wow… angan-angan tinggi melangit. 


    Sekarang ni modal tak berapa nak ada, sebab baru lepas repair rumah yang aku beli tu, habis dekat RM10 ribu jugak. Betulkan toilet, cat, repair sana, repair sini, banyak jugak modal yang dah habis. So, lepas dah stabil sikit, nak kena start menyimpan balik.


    Jadinya, kalau ada tanah kebun getah area Jeneri Kedah yang nak dijual, budget dalam RM20 ribu ke bawah, boleh pm saya ye. 




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers