• News

    02 February, 2022

    Struggle jugak nak cari penyewa

    Assalamualaikum


    Sejak aku iklankan rumah sewa aku hujung bulan 1 haritu, memang ramai yang call, ramai yang whatsapp tanya pasal rumah sewa aku. Tapi takde satu pun yang betul-betul berminat, sampai ke nak tengok rumah. 


    Bila tahu je rumah sewa aku ni 2 tingkat, dan dua-dua bilik dekat tingkat atas, hurmmm terus tak jadi. Sakit lutut lah, anak kecik lah. Tapi logik jugak alasan tu, sebab kalau aku nak sewa rumah pun, aku kena consider jugak benda-benda macam ni.


    Rupa-rupanya, struggle jugak ye nak cari penyewa. 


    Atau mungkin jugak sebab aku sendiri yang fussy? Kalau boleh, aku taknak penyewa lelaki yang duduk ramai-ramai, takut rumah rosak. Kebetulan, ramai pulak yang nak sewa ni geng-geng lelaki. Last-last, aku reject lah hajat depa nak menyewa tu.


    Sudahnya, sampai sekarang aku tak dapat penyewa. Hahaha. Gelakkan diri sendiri je lah yang aku mampu. Bila nak masuk income ni? Duit dah banyak habis, kos repair rumah haritu pun dekat-dekat 9 ribu.


    Semoga aku dapat penyewa yang baik, yang mampu jaga rumah aku dengan baik. 



    Ada orang kongsi gambar lama aku masa join program sukarelawan dekat Masjid Hidayah tahun lepas. Masa ni rasanya tengah masukkan sejadah ke dalam plastic bag. Dah letih sangat, itu yang muka jadi serius bebno. Hahahaha.


    Sebenarnya, muka aku memang sejenis yang serius pun, no wonder bila tengok gambar-gambar aku ni, aku boleh relate bila orang cakap aku sombong. Hahahaa. Judge me based on keseriusan muka aku tu. But well, aku terima la pendapat orang tu.


    Tapi sebaiknya, kenal dulu hati budi, baru kita tau orang tu sombong ke tak. Insyaallah, tak sombong rasanya aku ni. Hehehehe..


    Insyaallah, bulan ni aku akan join lagi program sukarelawan ni, kebetulan mak masih ada kat sini untuk tengok anak-anak. Bulan depan mak dah nak balik, jadi tak dapat la nak join apa-apa program dah, kesian pulak kena tinggal anak-anak. Almaklum la, aku dah suami PJJ. 









    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers