• News

    16 March, 2022

    Kerajaan Setuju Membenarkan Pengeluaran Khas Wang Simpanan KWSP sebanyak RM10,000 , jadi apa nak buat dengan duit tu?

     

    Kerajaan Setuju Membenarkan Pengeluaran Khas Wang Simpanan KWSP sebanyak RM10,000

     

    Alhamdulillah, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru je umumkan yang kerajaan setuju membenarkan pengeluaran khas wang simpanan KWSP sebanyak RM 10,000. Mungkin pengeluaran wang simpanan KWSP ni sedikit sebanyak boleh meringankan beban rakyat Malaysia yang kebanyakannya terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang.

     

    Ada yang di buang  kerja, dan terpaksa mencari kerja baru.


    Ada yang mengalami kegagalan dalam perniagaan, dan terpaksa menanggung hutang yang banyak.


    Tak kisah lah apa pun sebabnya, selagi kita ada duit simpanan di KWSP, dan harap-harap duit simpanan ni boleh membantu kita sedikit sebanyak.

     

    Aku ada tanya soalan ni dekat beberapa orang kawan aku, since kerajaan dah umum boleh keluarkan duit KWSP RM10,000 ni, hangpa nak buat apa dengan duit KWSP tu?


    Ok, ni jawapan pertama yang aku dapat. Kawan lama aku masa zaman diploma dulu. Has (bukan nama sebenar) nak keluarkan duit KWSP ni sebab nak beli emas, sebab harga emas semakin hari, semakin naik. Kiranya, duit KWSP ni dia plan nak beli emas, sebagai pelaburan untuk masa akan datang. Hari ini mungkin harga 1 gram emas RM250 (ni aku agak-agak je, aku pun taktau harga emas sekarang berapa), mana tahu 10 tahun akan datang, harga emas 1 gram dah jadi RM300. Haaa.. bijak jugak idea Has tu. Boleh dipertimbangkan jugak ye pelaburan emas ni.

     

    Jawapan ke 2 yang aku dapat pasal pengeluaran duit KWSP ni aku dapat dari Adah (juga bukan nama sebenar). Adah cakap, duit KWSP ni kalau boleh, dia nak keluarkan dan parking dalam Tabung Haji je. Sebab memang takde plan nak buat apa-apa, walaupun sebenarnya Adah tengah dalam proses nak beli rumah, memang kedepan Adah nak pakai duit untuk ubahsuai rumah, contohnya nak pasang kitchen cabinet, wiring rumah, nak pasang grill untuk rumah, mana lah tahu kan. Tapi buat masa sekarang, biar je dulu dalam Tabung Haji. Jangan lupa, dividen Tabung Haji pun tinggi jugak. Not bad jugak idea Adah ni.


    Aku rasa, akan ada part 2 untuk post kali ni. Heheehe. Aku akan share pendapat kawan-kawan aku, apa yang depa nak buat dengan duit KWSP RM10,000 yang akan depa dapat nanti.


    Nantikan sambungan seterusnya. Kahkahkah. Bajet-bajet macam drama bersiri pulak ye.

     

     

     

     

     

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers