• News

    26 March, 2022

    Natural Remedy Untuk Legakan Batuk dan Sakit Tekak Untuk Ibu Hamil Dan Menyusukan Badan

     Assalamualaikum.


    Aku tengah baring-baring sakit badan, hahahaha alkisahnya sebab pagi tadi jadi sukarelawan untuk program Pure Heart MVM vs. Masjid Hidayah, sambil aku scroll-scroll FB ternampak lah tips dari Doc Imelda pasal natural remedy untuk legakan batuk dan sakit tekak untuk ibu hamil dan juga ibu-ibu yang masih menyusu badan (breastfeeding).



    Kisahnya, sejak positif covid 19 haritu, batuk aku ni tak baik-baik. Penat dah nak telan ubat, difflam, strepsils apa segala bagai, tapi tak baik-baik jugak. Makin teruk, waktu malam. Kebetulan, nak tidur malam aku pasang aircond, almaklum la cuaca panas kat Manjung ni. Hahahaha. One more thing, aku susah nak tidur malam. Huhuhu.



    Walaupun sekarang aku tak mengandung atau pun menyusu anak, tapi bagus untuk kita ambik bahan-bahan yang natural untuk heal sakit kita. Some more, bahan-bahan tu pulak memang ada kat rumah.



    Ok, berbalik kepada natural remedy nak hilangkan batuk dan sakit tekak tu, bak kata Doc Imelda, hangpa boleh buat macam ni:



    1. Ambil 1 sudu madu bersama 2,3 sudu perahan lemon.



    2. Kacau madu dan perahan lemon tu dalam segelas air suam.



    Insyaallah, aku nak try jugak satgi. Kebetulan madu kelulut dan lemon ada lagi kat rumah, harap-harap cepat lah baik batuk ni. Kat bawah ni aku screenshot post Doc Imelda tu, nak lagi mudah, hangpa follow la FB account Doc Imelda. Banyak gila ilmu yang dia share.











     



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers