• News

    04 March, 2022

    Pengalaman Menjadi Seorang Sukarelawan @ Volunteer


    Assalamualaikum semua.



    Aku nak share pengalaman manis dan berharga buat aku, bila join program sukarelawan. First thing yang kita kena ingat bila sebut pasal sukarelawan ni, kita takkan dibayar. Sebab hang join benda ni pun free, saja seronok-seronok, jadi jangan la dok expect benda-benda sukarelawan ni akan dapat elaun or duit ringgit pulak ye. Dapat free breakfast or lunch tu pun dah besar rahmat. Hahahaha…



    Ini kiranya kali ke 2 aku jadi atau aku join program sukarelawan under Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni, kali pertama aku join, sebelum ramadhan 2021 tak salah aku. Jadinya, ni kali ke 2. Aku bukannya register directly under MVM, jangan salah faham ye. Untuk lebih tepat, bila ada apa-apa program under MVM di Manjung, depa akan deal directly dengan Solihin, so aku pun join jadi volunteer MVM under Solihin. Macam  ni lebih senang nak faham kot.



    Program pertama kali yang aku join tu, sumpah lebih penat. Mungkin kebetulan masa tu tak ramai sukarelawan @ volunteer compare to program kali ke 2 ni, jadinya untuk program pertama tu, sumpah penat nak mati. Hahahaha. Dengan barang-barang yang agak banyak, dan kebetulan jugak, siang tu aku pergi derma darah, so kesan dari derma darah tu, dengan angkat barang-barang berat, memang buat badan aku rasa sakit-sakit lah. Hahahaha.



    Tapi apa-apa pun, aku suka program-program sukarelawan @ volunteer macam ni, aku boleh kenal ramai orang, aku boleh tengok cara orang lain uruskan program yang melibatkan pihak lain contohnya pihak masjid, pihak asnaf, dan jugak agensi-agensi lain yang terlibat. Untuk program yang baru aku join haritu, ada jugak persatuan Perwanis, OK ni first time aku dengar pasal persatuan ni. So, ni memang new experience for me. 



    I’m looking forward untuk join lebih banyak aktiviti sukarelawan @ volunteer macam ni, tak kisah lah under persatuan apa-apa, janji program-program tu tak kacau jadual kerja aku, dan tak consume banyak masa aku. Yelah kan, kena fikir jugak masa untuk anak-anak, nak setelkan hal-hal dekat rumah lagi.



    Terima Kasih pihak MVM dan Solihin jugak sebab bagi aku peluang untuk join aktiviti korang, tambahan pulak program ni memberi manfaat dekat warga Manjung. Insyaallah, kalau ada apa-apa program lagi, boleh lah aku join. 




































    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers