• News

    28 March, 2022

    Resepi Simple: Ikan Kembung Masak Kicap




    Assalamualaikum 




    Harini aku masak lauk simple je, Ikan Kembung Masak Kicap. Kadang-kadang masak beria, tapi tak habis, anak-anak tak makan pun. Tapi kadang-kadang masak simple, rupa-rupanya 2,3 kali anak tambah nasi. 




    Mak mana yang tak happy kan, kalau anak-anak cakap, sedap la mama masak. Walaupun skill memasak mak depa ni, memang ke laut dalam perginya. Hahahaha. Yang tahu je tahu pasal skill memasak aku ni. Malas nak cerita aib sendiri kat sini. Hahahaha..




    Mai lah sini, aku share kan resepi lauk simple aku ni. Kalau lah ada adik beradik aku yang baca post ni, mesti depa kata, ‘Kakti hang, lauk macam tu pun nak share kat blog, buat orang gelak’. Hahaha. Confirmed kena kecam dengan depa. Almaklumla depa semua pandai masak, aku ni urrmmm… hahahaha....




    Resepi lauk simple - Ikan Kembung Masak Kicap



    - Mula-mula, gaulkan garam dan kunyit bersama 5 ekor ikan kembung. Taknak minyak ikan goreng tu meletup, aku biasanya masukkan asam gelugor sekeping. Dah siap goreng ikan, angkat dan ketepikan.




    - Ok, part kuah pulak. Potong sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 2 biji cili, sebiji cili merah yang besar tu. Kalau ada halia, letak halia, rumah aku halia dah habis.




    - Tumiskan bahan-bahan ni dalam minyak yang kita goreng ikan tadi. Sampai bahan-bahan tadi layu, masukkan 2 sudu besar sos cili, dan 3 sudu besar kicap, sedikit gula dan asam sekeping asam gelugor.




    - Tambah air kalau rasa kuah sedikit pekat. Adjust-adjust lah rasa kuah tu, kot-kot terlebih masin ke, terlebih gula ke. Dah perfecto rasa masin, manis, pedas, masam, so kau curahkan lah kuah kicap tadi ke atas ikan kembung goreng tadi.




    Wallawehhh… anak aku tambah nasik 3 kali. Bukan nak bohong, ini memang kisah benar. Mak depa ni malas masak je, kalau masak, memang kalah juara masterchef australia tu. Hahahaha.





    Apa-apa pun, silalah cuba resepi simple aku ni. Nak share resepi canggih manggih semua tu minta maaf lah, memang aku tak pandai. Nasib lah anak-anak dapat mak yang malas macam aku. šŸ˜‚







    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers