• News

    21 March, 2022

    Sindrom Selepas Positif Covid @ Post Covid




    Rasanya aku belum share pasal aku dan anak-anak positif covid 19 awal bulan Mac haritu. Mula-mula Aleeya yang demam dulu, aku ingatkan demam biasa-biasa je, rupa-rupanya dia positif. Of course mak-mak mana tak cuak dan kelam kabut kan, anak kena covid. 





    Tak lama lepas tu, Aimy dengan Amna pulak positif, dan tak lama lepas tu, aku pulak sangkut 2 line. Kiranya, team perempuan dalam rumah ni semua ada pengalaman positif covid. Hahahaa…





    So far masa aku positif hari tu, aku demam, sakit kepala dan batuk. Demam tu baik dalam beberapa hari je, sama jugak dengan sakit kepala.





    Masalahnya, batuk tak hilang-hilang walaupun dah banyak hari habis kuarantin. Jenuh jugak aku telan ubat batuk, kemam strepsils bagai, minum air kelapa, minum air lemon, you name it lah, mostly aku dah buat.





    Ni kawan aku suggest suruh makan ubat batuk Hurix, katanya bagus untuk hilangkan batuk, ok esok aku nak pergi cari ubat batuk Hurix, mana tau berkesan untuk hilangkan batuk aku ni.





    Tapi satu lagi masalah yang aku rasa agak kritikal post covid ni, aku susah nak tidur malam. Golek sana, golek sini, tetap takmau pejam mata aku ni. 





    Sapa ada masalah susah tidur macam aku lepas positif covid? Macam mana hangpa buat? 



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers