• News

    19 April, 2022

    Alhamdulillah! Pengeluaran Khas KWSP RM10 ribu dah masuk

    Perghhh.. bukan main lagi tajuk. Macam nak uar-uarkan kat satu dunia yang hang dapat duit KWSP. Kang ada yang ambik kesempatan, takpun scammers terus start buat kerja depa. Scammers ni bukan boleh. Jenis pandai nak ambik duit hasil titik peluh kita, padahal duit yang kita dapat ni, duit tabungan hari tua kita.


    By the way, apa nak dibuat bila dah dapat duit ni. Nombor satu yang hang kena buat bila dah dapat duit kwsp ni, hang kena bayar zakat. Macam sebelum ni, zakat yang kena bayar adalah sebanyak 2.5% dari jumlah pengeluaran.


    Contoh pengiraan macam ni. 2.5% x 10,000 dapat 250, jadi zakat kwsp yang kita kena bayar ialah RM250. Zakat ni senang je nak bayar, tak perlu ke kaunter pejabat zakat, bayar online je, kan senang. 


    Lepas tu bila dah berduit ni, jangan lupa bayar hutang bini, hutang adik beradik, hutang kawan-kawan, atau hutang siapa-siapa je. Takkan nak tunggu orang yang bagi hutang tu tuntut dekat Padang Mahsyar pulak? Dah ada duit tu, bayar la. Jangan dok tangguh-tangguh lagi.


    Eh, aku ada hutang siapa-siapa tak eh? Hahaha.. 


    Dah berduit ni, jangan cepat kelabu mata orang Kedah kata, terus lupa diri. Asalnya duit tu nak guna untuk benda yang penting, bila dah dapat duit, eh pi tukar sport rim kereta pulak. Hahaaha. Padahal sport rim kereta tu tak penting mana pun, aku dah pakai dua kereta, dua-dua kereta aku pakai rim standard je. Dulu kan mana yang wajib didulukan. Sport rim tu kemudian, jangan fikir nak make up kereta kalau ada benda lain yang lagi penting kita kena dulu kan.


    Apa lagi eh nak cakap, dah lupa pulak. 😂


    Kalau dah berduit, jangan berlagak pulak. 10 ribu tu bukan la banyak mana kalau hang asyik fikir nak beli itu ini, membazir dekat benda tak perlu. Baiknya, kalau takdak apa keperluan untuk guna duit tu, boleh la beli emas sebab harga emas ni makin lama makin naik. Pelaburan emas tu memang sangat digalakkan. Hangpa pi la survey pasal pelaburan emas. 


    Aku rasa aku stop kat sini dulu. Pasal kaya sangat, raya kalini, bagi budak-budak duit raya sorang 100. Hahahahaha. Riaknya.




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers