• News

    02 April, 2022

    Link Untuk Isi Pengeluaran Khas KWSP

     Assalamualaikum semua


    Untuk semua yang belum submit pengeluaran khas KWSP, nanti aku akan share link untuk hangpa isi ya. Aku dah submit dah, walaupun akaun 2 KWSP aku ada berapa ringgit je lagi, sebab sebelum ni aku dah keluarkan masa kerajaan umum I Lestari, I Citra & I Sinar.


    Lepas tu, aku ada keluarkan lagi untuk bayar installment rumah. Jadi, memang dah banyak kali aku buat pengeluaran akaun 2 KWSP aku tu. Sebelum-sebelum ni pun dah banyak kali jugak aku keluarkan. Bayaran balik PTPTN, pembelian rumah pertama, apa lagi eh. Lupa dah. Tapi memang dah banyak kali. Function teruk lah akaun 2 tu, sebab dah banyak kali bantu aku, especially untuk bayaran balik PTPTN.


    Kalau tak, aku rasa sampai sekarang tak habis hutang PTPTN aku. Alhamdulillah, syukur dah settle.


    Untuk duit KWSP yang dapat kali ni, aku terfikir nak pi bayar duit kereta Ertiga aku tu. Semalam aku ada call bank, tinggal lagi RM36K, banyak lagi. Sobsobsob.


    Sebab tak terfikir nak guna duit tu untuk start business ke apa, tak larat nak focus dekat cari income, nak focus on anak-anak dulu, faham-faham lah kan, hidup PJJ laki bini ni memang letih. Jadi, biarlah focus aku tertumpu dekat kerja hakiki aku dekat kilang tu dan anak-anak je.


    By the way, ini link untuk hangpa semua isi pengeluaran khas tu. Guna la duit yang bakal kita dapat tu dengan cara yang betul, jangan joli sakan pulak. Hahaha. Dan jugak aku nak pesan, jangan lupa bayar zakat KWSP 2.5% dari jumlah duit KWSP yang kita keluarkan tu. Ingat, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. 


    https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers