• News

    17 April, 2022

    Pemburu Movie Di Netflix

     Assalamualaikum 


    For those yang kenal dengan aku, mesti tau yang aku ni bukannya jenis yang suka keluar jalan-jalan sangat, pi shopping mall ka, kalau cuti 2 hari tu boleh kata aku memang prefer duduk rumah, tapi disebabkan aku ni dah ada anak, kesian jugak kat budak-budak ni kalau mak depa asyik duduk terperap dekat rumah je. Jadi bila memikirkan mental state anak-anak yang bosan asyik duduk rumah, asyik tengok tv, so aku pun bawak jugak la budak-budak ni keluar. Depends la aku nak bawak ke mana, kadang-kadang bawak shopping barang rumah, bawak pi taman, takpun duduk je dalam kereta, then kami pun pusing-pusing bumi Manjung ni dari dalam kereta je.


    Ok, mukadimah sangat panjang. 


    Memikirkan dulu-dulu aku selalu beli movie dekat Astro tu , satu movie harga dah berbelas-belas ringgit. Agak tak berbaloi lah kan, sedangkan hang boleh tengok banyak movie kalau hang ada Netflix account. Sebelum ni aku dah langgan Netflix, tapi untuk tengok dekat handphone aku ni, bila dah takdak masa nak tengok movie, aku pun berhenti subscribe. Yang tu bulan-bulan RM17. 


    Sejak dah pasang wifi kat rumah, aku ingat jom lah langgan balik Netflix, boleh lah layan movie dengan anak-anak. Alang-alang kami ni jenis malas nak keluar kan. Hahahaha. So kali ni aku langgan Netflix yang RM45 sebab nak tengok dekat PC, since TV rumah aku jenis lama yang tak boleh connect dengan wifi. Hahaha. Nak yang better video quality, aku ambik yang mahal sikit, sedangkan RM35 pun dah boleh tengok dekat PC jugak. Nak best punya pasal kan, sanggup la berhabis. 


    Sekali mouse PC aku tu buat hal, macam tak detect pun ada. Maka gigih la Siti Aminah pi kedai computer Parade tu sebelum pukul 12 tengahari, walhal kalau hari cuti, Siti Aminah ni memang tak rajin pun nak nak keluar. Hahaha. Tapi nak layan movie dekat Netflix punya pasal, memang aku sanggup! Hahaha… Bawak lah sekali mouse lama yang dekat rumah tu, gigih nak suruh depa check, iye ke mouse ni problem. Nasib baik lagi aku bawak mouse lama tu, confirm tak rosak. Haihhh… maka, aku beli lah tempat cucuk usb port tu satu. Sebab banyak betul wayar usb yang nak cucuk tapi port usb kat cpu tu dah rosak. 


    Maka lepas ni, rajin la Siti Aminah dan anak-anak tengok movie. Semalam dah layan dua documentary, satu documentary tu kebetulan aku pernah lah tengok dekat facebook or tik tok, pasal suami yang bunuh isteri dan anak-anak dia, American Murder, The Family Next Door. Kemudian, aku tengok documentary pasal kumpulan BlackPink: Light Up The Sky, tengok tak sempat habis, terlelap. Amna sambung tengok sebab dia minat Blackpink, bukan main ye budak-budak zaman sekarang, tak padan kecik lagi, dah pandai layan lagu K Pop. 


    Ok, tu je lah nak cerita. Nak tidoq sekejap. Cuti hari minggu nak la rehat-rehat, alang-alang tak kena masak untuk makan tengahari. Hehehehe.







    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers