• News

    06 April, 2022

    Shopping ubat dan vitamin di PMG Pharmacy

     Assalamualaikum dan Salam 4 Ramadhan


    Semalam aku singgah ke farmasi yang baru buka dekat taman rumah aku. Aku dapat tau pasal farmasi ni baru buka dekat Facebook, banyak kali tengok promo lalu lalang dekat wall Facebook, jom lah try, tengok apa yang best dekat situ. By the way, selama ni aku memang customer tetap Farmasi I Sihat. Tapi tak salah pun try tempat baru. 


    PMG Pharmacy ni terletak sebaris dengan Public Bank dan Court Mammoth Taman Samudera, so memang tak jauh lah dari rumah aku. Masa sampai tu, ada 2 orang staff sambut dekat muka pintu, sambil hulur voucher RM5. Makna kata, voucher ni akan tolak dari jumlah kita beli barang nanti. Best kan, dapat diskaun 5 ringgit oii, sapa nak bagi 😂


    So aku pun beli beberapa items dekat situ, especially ubat untuk anak-anak aku yang tengah selsema dan batuk, pharmacist tu ada suggest untuk ambik sekali vitamin macam air ribena tu, so beli jugak la. Mak mana yang takmau anak dia sihat kan. Kebetulan aku ternampak pek Mr. Throat Extra Mint & Cool (passion fruit flavour). 


    Pertama kali jumpa brand Mr. Throat ni jadi aku beli lah satu. Antara bahan yang ada dalam Mr. Throat extra mint and cool ni, ada sucrose, glucose syrup, citric acid (E330), pink rock salt, menthol crystal, and passion fruit juice. Jangan risau, ada tanda halal dekat packaging Mr. Throat ni. Harap-harap dapat la legakan sakit tekak aku ni. 


    Lupa nak cerita, lepas beli barang-barang kat situ, staff farmasi bagitau aku layak untuk lucky draw dan suruh aku pilih 1 no. So aku pun pilih lah no.2, kan aku lahir 2 December. Dapat la 1 sachet susu, Enersure. Dekat packaging susu Enersure ni ada tulis, colostrum, complete vitamins & minerals, omega 3&6, lutein & zeaxanthin, high calcium dan juga high proteion. Tapi aku belum cuba minum lagi susu Enersure ni, harap-harap sedap lah ye. Hahahaha…





    Inilah rupa Mr. Throat extra mint & cool passion fruit flavour. Sedap. 






    Items yang aku beli dekat farmasi baru tu. Dapat diskaun RM5. Hehehe..




    Ni rupa packaging Mr. Throat tu. Siapa yang first time tengok Mr. Throat ni, sila angkat tangan. Hehehe..


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers