Aimy confirmed kena HFMD

Hari ni khamis, syawal ke 4. Tak habis penat lagi mengharungi jammed yang maha dahsyat semalam dari kampung menuju ke Tol Jelapang, 8 jam kami hadap sekejap brek, sekejap jalan. 



Hari ni keadaan Aimy makin worst, dia tak boleh nak makan, menangis, merengek so kami pun bawak dia ke Poliklinik dan Surgeri Dr. Anan, dan confirmed lah telahan kami, Aimy kena HFMD. 



Asalnya Aleeya yang sakit lidah dulu, mungkin dia taktau explain, dia asyik cakap dia sakit gigi. So kami pun suruh dia makan sebelah gigi yang tak sakit. Rupa-rupanya, lidah dia ada ulser. Pujuk dan paksa jugak dia minum dan makan, raya-raya ni mana ada klinik yang buka. Nak ke hospital faham-faham je lah, semua orang tengah kalut nak beraya. 😂



So raya dalam keadaan serba tak kena, Aleeya asyik merengek dan bad mood. Tapi still Ok la, mau jugak dia makan, dan minum walaupun ada waktu dia teriak. So far semalam dia cakap mulut dia dah tak sakit, makan pun banyak, dan cakappppp pun banyak. Dah boleh main-main, tu yang penting. 



Tapi bila Aimy dah start merengek dia sakit dalam mulut, aku memang dah syak, mesti dah berjangkit ni. Anak ketiga aku ni pulak kalau sakit, dia punya meragam tu lain macam sikit. 



Lepas doktor dah confirmed kan yang Aimy kena HFMD, kami terus decided nak balik Manjung, taknak berjangkit dengan budak-budak dan orang lain. Sebab doktor cakap, HFMD ni pun boleh berjangkit dekat orang dewasa dan kebetulan aku pun dah rasa something dekat lidah aku ni, macam nak naik ulser. Risaunya berjangkit dekat orang lain. 😫



Rasanya baru je habis kuarantin  covid haritu, ni kena kuarantin sebab kena HFMD pulak. Terpaksa korbankan semangat nak raya sebab fikirkan benda ni boleh berjangkit. It’s Ok, Allah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu merancang, segala ketentuan ditanganNya.



Doakan kami berjaya mengharungi kuarantin kali ke 2 ni, dan semoga anak-anak yang lain tak berjangkit.



By the way, tak sempat nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog sitinaminah02.com ni. Maaf ye kalau ada salah dan silap.




Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post