• News

    09 May, 2022

    Derma Darah kali ke 8 dan Shopping Cetaphil di Watson

     Assalamualaikum 



    Alhamdulillah, dapat jugak derma darah selepas gap 5 bulan. Kalau sebelum ni cukup je 3 bulan aku akan pi derma darah, tapi angkara covid durjana dan simptom lepas covid, lama jugak aku kena berehat. Kebetulan jugak adik dengan kakak aku pi derma darah jugak dekat Hospital Sik, aku pun kelam kabut la nak derma darah jugak. Peer pressure gitu 😂



    Aku sampai di AEON Manjung lebih kurang pukul 4, dah agak lewat jugak sebabnya selalu kaunter derma darah tu akan tutup dalam pukul 4.30 petang. Kelam kabut mintak suami aku hantar sebab risau nak cari parking lagi, kan kalau weekend parking mesti sesak teruk. 



    Ramai jugak yang derma darah semalam, melayu ada, cina ada, india ada. Alhamdulillah, tak kira bangsa, kita sama-sama bantu. Ni yang aku bangga jadi rakyat Malaysia. Tak kira apa bangsa, darah kita tetap MERAH. 



    Berat aku turun since last aku derma darah bulan 12 haritu, previously berat aku 72kg, semalam timbang 67kg. Doktor pun tegur berat turun, aku cakap sebab puasa kot, padahal aku rasa berat turun tu sebab covid durjana tu. Bacaan hemoglobin 13.1 kalau tak salah aku, so boleh lah derma 450ml sebab sebelum ni aku takde rasa pening-pening lepas derma darah 450ml.



    Entah kenapa, sakit sikit la derma darah kalini. Berkerut jugak la muka menahan sakit. Hahaha. Dan yang paling sakit, masa nak cabut tape yang melekat dekat bulu roma aku yang panjang tu. Kena cucuk jarum tu boleh tahan lagi, tapi time nak cabut selotape tu, ehh sakit pulak. Hahahaha.



    Habis je derma darah, singgah sekejap kat Watson, nak beli pencuci muka Cetaphil. Ambik la botol yang 125ml je sebab harga dia boleh tahan mahal, sekali masa kat kaunter, staff Watson cakap ada diskaun, botol besar tu RM28 something je, eh terus aku sambar 2 botol lah sebab murah weyy.. 



    Beli jugak spray sanitizer dan losyen Vaseline Fresh & Radiant, dengan harapan kulit aku jadi sangat fresh dan kulit jadi cantik dan bersih. Hahaha. Terjumpa pulak lip balm jenawa Wardah, ingatkan lip balm yang tukar ikut warna darah tu, rupanya tidak. Sebab aku tak suka pakai lipstick, tapi bila tak pakai lipstick, nampak pucat dan tak bermaya pulak. But it’s ok, pakai je lip balm tu. 



    So itu je la cerita aku. Rehat 3 bulan sebelum dapat derma darah balik, kena cuba naikkan balik HB aku tu, macam low sikit la. Dapat 13.5 aku rasa cun sikit. 





    So far pencuci muka Cetaphil ni sesuai dengan aku, sebelum ni aku pakai pencuci muka brand apa eh, habis berjerawat muka. Tapi muka aku ni jenis berminyak, harap-harap Ok la pencuci muka Cetaphil ni.




    Ini haa hasil serbuan aku di Watson semalam, siap sambar 2 botol pencuci muka Cetaphil sebab murahhh.. pencuci muka Cetaphil ni jenis tak berbuih sangat, mula-mula pakai macam tak puas hati sebab tak berbuih kan, hahaha.. tapi lama-lama guna, Ok je.





    Terima kasih Manjung Blood Donation, staff semua ramah-ramah sangat. Yang sihat tapi belum pernah derma darah, pi lekaih kome. 1 beg darah ni dapat selamatkan 3 nyawa. Taknak ke rasa jadi HERO? Heheheh…





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers