Breakfast di PTK dan melawat Tokong Cina Pasir Panjang

 Assalamualaikum.



Rasanya dah lama sangat tak update blog, last post pun pasal masak rendang ayam masa nak bawak pi potluck dekat office. Masuk bulan Jun pun masih takdak post baru, taktau lah busy pasal apa. Padahal ada je kat rumah, tak pi mana-mana pun. Duduk rumah, layan movie dekat Netflix, masak, makan, ulang-ulang je rutin tu tiap-tiap hari. Hahahaha..



Since hari ni cuti public holiday, sempena hari kelahiran Agong (Happy Birthday Tuanku), so kita ambik lah sikit masa update blog yang dah penuh sawang labah-labah ni. Hahaha..



Semalam (ahad), plan nak ke Pasir Panjang Laut, breakfast roti canai dekat kedai makan yang selalu jugak kami pi time suami aku ada, tapi on the way nak ke sana, ada accident. Ingatkan accident biasa-biasa je, rupanya ada yang meninggal kat situ. Sebab ternampak plastik hitam dah tutup mangsa accident tu. Al fatihah, semoga Allah tempatkan arwah disisi orang-orang beriman. Takziah buat keluarga mangsa.



Masa dah gerak tu, hujan macam baru nak rintik-rintik, jadi aku ajak anak-anak pi ke Pasar Tani Kekal Lekir, atas sikit dari tempat kerja aku. Memang jauh sikit, tapi situ selesa, tempat luas, berbumbung, ada kipas apa semua. Sekali sampai sana, banyak pulak kedai yang tutup. Frust jugak la. So kami order la ayam gunting, kuih viral titisan hujan, dan lepas tu ada gerai cucur udang buka, order pulak cucur udang. Tapi since dah kenyang, kami tapau je cucur udang tu bawak balik. Nasib baik ada gerai air yang buka, so order lah milo 2 gelas dan nescafe ais segelas. 



Habis makan dan minum, kami pi usya bahagian sayur dan ikan kat sebelah kawasan tempat makan tu, nampak ayam, so beli lah ayam seekor. Lama tak beli ayam sejak harga ayam naik. Nasib baik harga ayam tu RM19.70 je, masa tu cash tak banyak, risau jugak kalau mahal. Hahaha..



Balik dari Pasar Tani Kekal Lekir tu, kami singgah ke Tokong Cina Tok Pek Kong dekat Pasir Panjang Laut, Sitiawan. Betul ke eh ni nama dia? Ntah la, selalu panggil Tokong Cina Pasir Panjang je. Ramai betul orang ke sini harini, macam rombongan pun ada. Kereta pun banyak. Best datang sini, view cantik. Rasa macam kat luar negara. For those yang datang ke Lumut / Manjung, singgah la ke Tokong Cina ni, serius view dia cantik. 



Ok, jom layan gambar kami jalan-jalan semalam.






Lokasi accident: Traffic light simpang 4 dekat Tesco aka Lotu's Manjung dan Petronas 





Kuih viral titisan hujan, sebekas ni RM5, beli sebab nak try rasa. By the way, yang putih tu aku rasa jelly biasa, then letak air gula yang sangat-sangat manis, lepas tu letak kacang tanah hancur. Biasa je rasa dia. Hahaha..





Mama paksa suruh posing. Ni gambar mengadap laut. Air tengah surut masa ni.




Ni pulak gambar mengadap ke tokong sana. 






Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post