• News

    20 June, 2022

    Nasib Baik Bukan Denggi

    Tadi pagi bawak Aimy dan Aleeya ke Klinik Kg Serdang, malas nak sesak-sesak pergi Hospital Manjung, situ ramai orang, parking pun penuh, jadi baiklah kita ke KK Kg Serdang je. Hari jumaat haritu pi, lajuuuu je. Orang pun tak berapa ramai. Mungkin kebetulan waktu rehat time orang tengah rushing-rushing nak pergi solat jumaat kot.



    Sampai-sampai tadi, parking full jugak, selamba je lah parking tepi jalan dekat tempat makan tu. Harap-harap takde yang marah sebab main parking je kat situ. So, berpimpin lah tangan aku dengan anak-anak menuju ke kaunter pendaftaran. Asalnya nak check Aimy je, alahhh check je lah Aleeya sekali. Demam on off je, check je lah dua-dua, kan senang.



    Kami diminta ke Fever Clinic, check berat, explain dekat doktor itu ini, doktor pun suruh kami ke unit kecemasan, ambik darah. Alamakkk… cuak dah aku. Confirm menjerit satgi budak-budak ni.



    Alhamdulillah, Aimy tak teriak. Aleeya je la teriak sikit. Hahaha. Nanti besar mama bawak ikut mama derma darah ye.



    Dah dapat result darah apa bagai, Alhamdulillah result ok. Yang penting, tak ada denggi. Risau jugak kalau kena denggi, sebab demam dah banyak hari tak baik-baik. Dah dapat ubat, kami pun terus balik.



    Ehhh… tersinggah pulak kedai roti Sunlight dekat Sitiawan tu, hahahaha.. dan terbeli roti dan donut. Lembut ya rabbi donut dia!!! I like it. Hahahaha…



    Masa ni dekat Fever Clinic, depa belum tau kena ambik darah. Muka dua-dua orang masih cool. Hahaha..






    Aimy lepas kena cucuk. Siap tanya aku, “mama, ni Aimy dah vaksin ke?”. Hahahaha… sabo je lah..






    Kesian lah anak kesayangan mama ni, kena cucuk ambik darah. Sorry ye Aleeya.






    Muka tengah tahan sakit. Nanti balik kita makan ubat ye, moga cepat sihat. 





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers