• News

    04 July, 2022

    Bubur Nasi Terpaling Sedap

     


    Assalamualaikum semua.



    Aku kalau kadang-kadang malas nak makan nasi, malas nak makan mee ke, kuetiaw ke, aku suka masak sup. Nak lagi sedap, aku suka sangat kalau masak bubur nasik dan makan with sup ayam. Uuurmmmm.. sedap sangat!



    Ok, mai aku share style aku prepare bubur nasi terpaling sedap, sebab apa sedap, sebab bubur nasi ni ikut style tekak aku makan.



    Bubur nasi ni ada 2 main part, iaitu bubur nasi tu sendiri dan jugak sup ayam. 



    1. Bubur nasi


    Biasanya bubur nasi ni aku akan masak dalam 2 pot beras rumah aku, macam biasa, basuh bersih-bersih, masuk air banyak, masuk kiub ayam, hirisan halia dan minyak bijan. Masaklah sampai nasi tu jadi lembut, kalau rasa tak cukup, tambah lab air.


    2. Sup ayam


    Sup ayam ni aku masak style simple je sebab aku malas, hahahaa. Biasanya aku akan tumis bawang putih, bawang besar dan halia, lepas tu masuk ayam. Untuk sup ni aku prefer untuk guna tulang ayam. Lepas tu masukkan air, depends berapa banyak kuah hang nak. Letak jugak kiub ayam, garam.



    Adjust lah masin manis ikut tekak masing-masing. Last tu aku letak jugak bawang goreng.



    Sejak-sejak aku realize kesedapan minyak bawang putih, aku wajib buat minyak bawang putih dan letak dalam bubur nasi aku. Ya Allah, sumpah sedap. Jadi, letak garlic oil dalam bubur nasik aku is a must! Compulsory ye untuk letak. Hahahaha...



    Belek-belek pulak ikan masin dalam peti ais, kalau ada ikan masin, lagi lah power nasi ayam tu. Kalau takde ikan masin, boleh replace with ikan bilis. Goreng bersama cili api. 



    Sumpah!



    Ni lah style makan bubur nasi paling tersedap didunia. Sila cuba. 



    Sila lah menikmati permandangan bubur nasi paling sedap di dunia ini. Hahahaha... Bubur nasik, sup ayam, minyak bawang putih, ikan masin goreng bersama cili api, dan sedikit serbuk lada sulah.



    Aku dan anak-anak boleh repeat makan bubur ni banyak kali sebab bubur nasi ni dah jadi kegemaran kami.











    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers