• News

    31 July, 2022

    Hari Sukan Sekolah Anak-anak

     Alhamdulillah, setel satu hal. Excited tengok anak-anak balik dok cerita pasal latihan sukan, katanya ada yang masuk acara sukaneka, ada yang masuk acara lari pass baton. Muka masing-masing dah kelabu asap dah, kena jemur panas. Hahahhahhaha…



    So, temasya sukan sekolah anak-anak aku kalini berlangsung di SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin, nak pi sekolah ni aku terpaksa guna google maps ye sebab taktau tang mana sekolah ni, hahahaha.. Hujan pulak, macam mana ni? Kesian anak-anak nak bersukan nanti. Patutnya sebelum 7.15 dah kena ada disana, tapi disebabkan hujan, dan jammed jugak, memang lambat lah kami sampai. Budak-budak ni bising lah mak depa lambat 😂😂



    Sampai sana, kereta dah penuh parking kiri kanan, lepas drop anak-anak, aku terus pi cari parking. Jenuh jugak nak menapak dari tempat aku parking, nak ke padang sekolah tu. Dengan aku baru je baik dari sakit kepala, dengan heret si Aleeya sekali. Hujan masa tu masih renyai-renyai.



    Hari sukan berlangsung dengan sangat meriah, macam biasalah ada upacara perbarisan, ada bacaan ikrar, ada nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, plus persembahan Hakka, katanya daripada budak-budak tahun 6. Perghh.. macam gaya Paskal pun ada. Kagum makcik 😂



    Aku sekejap-sekejap duduk tepi padang, sekejap-sekejap duduk bawah pondok, sebab Aleeya dah merengek tak larat. Cuaca yang awal tadi hujan rintik-rintik, lepas tu jadi panas sangat. Terbakar kepala otak kami. Hahahaha. So kami pun lari lah cari tempat berteduh. Maka, Aleeya pun happy sebab aku bawak dia pi lepak dekat bangunan dalam sekolah tu. Aleeya siap pi rasmikan toilet sekolah tu sekali sebab dia nak terberak. Hahahaha…



    So far Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Aku pun terpaksa lah iron baju sekolah budak-budak ni macam biasa, sebab masa latihan sukan tu depa pakai baju sukan, jadi aku just iron tudung Amna dengan Aimy ja, bahagia sungguh aku masa tu. 



    Ohhh lupa, balik dari temasya sukan tu, si Emran demam. Ehh, demam pulak! Itu pun jangan, masa aku ajak depa balik, dia macam protes sebab aku ajak balik, padahal dia nak stay sampai habis. Adehhh Emran oii, mama hang ni dah letih sangat dah. Dengan adik pun dok merengek. Kesian Emran, tak padan nak stay sampai habis, last-last dia yang demam. Huhuhu… semoga cepat sembuh ye bang. 





    Tiga-tiga beradik rumah hijau. Tema sukan kalini based on syarikat petrol dekat Malaysia ni, hijau mewakili Petronas, biru mewakili Petron, kuning mewakili Shell, dan merah mewakili Caltex.





    Saja letak gambar geng-geng ni banyak-banyak, hangpa besar nanti, boleh tengok balik. 





    Posing bersama Aleeya.




    Ni haaa jalan, jammed teruk! 





    Pagi tu memang hujan rintik-rintik, nasib baik lepas tu hujan dah berhenti. Tapi panas dia, fuhh memang tak tahan panas dia.




    Mama selfie seketoi dengan puteri seri dewi malam bushukkk mama. 






    Amna cakap, sebelum balik kita ambik nasik dulu. Yang ni memang ratu makan 😂




    Aleeya, duta keropok lekor peringkat kebangsaan.





    Perbarisan semua murid. Rumah hijau, rumah kuning, merah dan biru.




    3 putera puteri kesangan mama papa. 





    Aleeya dah penat, asyik ajak balik. 





    Selfie bersama Aleeya. Tu dia dah start bad mood dah. 


    Ni link youtube masa hari sukan haritu. 


    https://youtu.be/k2Av7NsPNTI


    2 comments:

    uncle gedek said...

    hari sukan mesti ada kopok leko kan? hehehe

    Siti Noor Aminah said...

    Dear Uncle - sebab senang nak jual dan orang pun suka makan, especially kami anak beranak 😂😂

    Total Pageviews

    My Followers