• News

    26 July, 2022

    TEKANAN DI KALANGAN PEKERJA, TIPS UNTUK KETUA DAN MAJIKAN

    Terjumpa satu post pasal TEKANAN DI KALANGAN PEKERJA, TIPS UNTUK KETUA DAN MAJIKAN, tak ingat lah dekat mana aku jumpa benda ni, harap-harap semua ketua dan majikan ambik maklum pasal ni, kesian kat kami golongan bawahan ni. 



    1. Jangan suka mencari kesilapan dan kesalahan pekerja



    2. Amalkan sikap terbuka serta berbincang dengan pekerja jika ada perkara yang tidak memuaskan hati



    3. Teguran secara individu dan tertutup



    4. Berikan insentif kepada mereka yang layak untuk meningkatkan motivasi serta harga diri



    5. Berikan pertimbangan yang sewajarnya untuk perkara yang berkaitan dengan masalah keluarga dan penyakit



    6. Tingkatkan pengetahuan tentang kesihatan mental



    7. Jadikan sikap hormat menghormati serta komunikasi berkesan sebagai budaya di tempat kerja.



    Kalau lah satu hari nanti, ada rezeki dapat jadi seorang boss / ketua, semoga aku jadi boss yang respect pendapat staff aku, value staff aku selayaknya, terima setiap teguran dengan hati yang terbuka, jadi contoh yang baik kepada semua orang, tak ada sikap pilih kasih @ bias. Hahahaha... Masalahnya taktau lah bila nak jadi boss / ketua tu, mungkin sampai ke pencen dok jadi kuli. Kahkahkah....



    Orang yang share benda ni, dia tak check eh ada kesalahan ejaan, nombor tepi tu pun salah. Adoiiii laaa.... lawak. Benda macam ni pun aku boleh perasan.. Hahhahaa...






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers